Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 4-Nov-2009 08:55 Email | Share | | Bookmark
Ijah & Raseed

Bride : Ijah (beliau adalah sepupu mak saya. saya panggil dia Mami).
Groom : Raseed.
Event : Wedding.
Venue : Kg. Jawa, Klang.
Date : 1.11.2009

Majlis ini meriah dengan tema ungu dan putih. Pengantins adalah secocok sekali. Menghadiri wedding sepupu mak saya ini dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan kami. Keluargaku yang ku cintai dan saudara-mara juga turut hadir. Seronok...

Namun, kami tidak dapat melepak lama di situ kerana tiba-tiba langit memendungkan dirinya. Setelah makan, lihat pengantins berarak dan bersanding, kami pun pulang. Elok je kami berada di dalam kereta-kereta kami dan mula berkonvoi, maka hujan pun turun lah dengan lebatnye. Nasib baik lah kami tidak basah walau setitik. Huhu...


Si baju ungu adalah bapa pengantin wanita (Tok Busu) dan yang berbaju putih itu adalah abang kepada Tok Busu (iaitu Tok Ngah). Mereka menyambut tetamu tanpa silu.


Majlis berarak dimulai. Berpimpin tangan sambil berjalanan adalah sesuatu yang belum kucapai lagi. Huhu... sori. Saya terlayan emosi pula di sini...


Perempuan-perempuan Bunga-bunga ini turut memeriahkan suasana yang sememangnya sudah pun meriah sejak awal lagi. Comel-comel mereka ini. Tahniah!


Groom : Hurayyyyyy! Kami sudah kahwin!
Bride : Hello? Awak boleh tak cover sedikit?


Mereka cuba pergi ke pelamin. Tetapi...


...pengantin lelaki ditahan pula! Heppp! Sila bayar tol!


Groom : Oho korang ingat, beta tak mampu nak bayar ya? Baiklah. Wahai pengapit yang beta kenali, sila bayar tol ini. Mereka ingat beta tak mampu memiliki seorang pengapit yang mampu membayar duit tol ini? Ko tunjukkan sedikit skill yang beta ajarkan dulu kepada mereka sekarang? Tunjuk?
Pengapit : Boleh. Takde hal. Jap saya tunjukkan.


Pengapit : Haaah! Nah! Ambek kredit kad ni! Hahahah!
Juru-juru tol : Ala.... orang nak cash money la....


Setelah settle hal tol, mereka disandingkan. Yaaaay!


Lihat la pelamin angan mereka. Sungguh cun!


Pak pak! Kepak ke pak pak! pak pak pak pak pak pak pak pak! Pung ke pung ke pung ke pung, ke pung ke pung ke pung ke pung!


Gambar penutup - anak kazen saya si Fakri ini sedang menangis lalu mak dia paksa dia senyum kerana saya nak ambik gambar dia.

Selamat Pengantin Baru kepada Mami dan suami. Semoga kekal abadi, bahgia ke anak cucu, semoga murah rezeki...

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762




Tuesday, 3-Nov-2009 07:59 Email | Share | | Bookmark
Sab & Yus

Event : Wedding.
Venue : Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam.
Date : 17 October 2009.
Day : Saturday.

Bride : Sab (my ex-schoolmate).
Groom : Yuszaini

Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan gilang gemilang sekali pada hari itu. Sahabat lama saya sudah pun berkahwin. Tahniah!

Di majlis ini, saya turut menemui ramai kawan-kawan lama yang merupakan ex-schoolmates saya. Mereka sudah pun berkahwin dan beranak-anak. Saya hanya mampu melihat dan menumpang gembira. Huhu...

Saya hadir seorng diri sebagai tetamu pada hari itu. Memandu dari Klang ke Shah Alam adalah agak membosankan kerana tiada berteman. Namun, saya harus positif, ya. Setelah tiba di dewan wedding itu, saya lihat ramai manusia berkumpul di padang sambil melihat ke awan biru. Setelah saya park kereta, saya juga terus meluru ke padang itu bertemankan kamera kecil saya yang jarang digunakan ini :


Suda lama tak gunakan ia, maka gunakan saja untuk suka-suku.


Oh... rupa-rupanya mereka hadir dengan helikopter! Saya sangat kagum dengan agenda ini.


Sab : Eh kenapa ramai-ramai ni?
Yus : Mereka mahu melihat helikopter yang kita sewa khas itu huhu...


Pengapit Wanita : Eh, hati-hati! Kain ni hampir terkena najis di situ.
Sab : Siyes?


Pembacaan Doa Makan besar-besaran...


Duduk bersanding di dewan ini.


Tahniah kepada pasangan ini. Kelihatannya masih pening berdasarkan baru turun dari helikopter tadi.


Saya : Apa kata, korang (pengantins) makan kek ni dulu.


Pengantins : Kek? Hadoiyaii.... kek pun kek la....zasss!


Sab bersama sahabatnye yang terlibat dalam agenda menaiki helikopter itu. Hensem. Tapi sudah beristeri dan beranak-anak. Cheisss...


"Lihat la kerusi dan pelamin di belakang kami!" Jerit sahabtku, Achik di gegendang comelku.


Saya : Sab, ko tengok aku buat magik dengan ibu jari ku ini, ye. Tengok tau...
Sab : Hey, ko tanampak ke haku bizi ni?


Saya : Nanti la korang.... time aku nanti, aku pon nak naik helikopter jugaaaaaaaaaaaaaak!
Sab : Naik la. Takde sapa nak halang...
Yus : Ish lebih baik jangan. Agak gayat seh...

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


Friday, 30-Oct-2009 00:57 Email | Share | | Bookmark
Hostelians

Venue : Klang
Participants : Hostelians
Date : 29th Oct. 2009
Time : 4.30pm - 6.00pm

Pada waktu petang itu, saya dipanggil untuk merakamkan aksi-aksi para pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah. Sesi pengambaran bagi setiap dorm ini bertujuan untuk menghasilkan gambar-gambar yang dapat dijadikan kenangan untuk para pelajar ini yang akan menamatkan sesi persekolahan pada hujung tahun ini. Mereka sangat gembira namun, cuaca pula tiba-tiba bertukar menjadi hujan yang sangat lebat di akhir rancangan.

Walaubagaimanapun, hanya beberapa keping gambar sahaja yang dapat kutitipkan buat anda semua. Insyaallah, lain kali saya letak banyak sedikit ye huhu. Terima kasih kerana sudi melihat fotopages saya pada hari ini, dan mari la kita melihat gambar-gambar mereka ya


Remaja-remaja riang ini seronok menggayakan baju batik rasmi asrama mereka. Agak lama nak tunggu mereka ni bersedia. Tapi takpe. Sabar sahaja


Adik-adik dan kawan adik-adik ini pula gemar beraksi seperti ini. Mengapa tudung adik-adik ada yang putih, dan ada yang hitam? Takpe lah. Asalkan ia dipakai, ya!


Abang-abang ini pula tidak mahu menggayakan baju asrama mereka. Mengapa? Takpe. Saya sukakannya


Hensem bergaya. Pandai posing. Hehehe.... Selamat Hari Raya!

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


Sunday, 18-Oct-2009 15:11 Email | Share | | Bookmark
Deko... deko... deko...!

Sekarang ni, saya sedang demam decor, yang juga dikenali sebagai 'deko...deko...deko...!' Hehe...

Saya kini menetap di sebuah rumah sewa yang agak buruk semenjak saya melangkah ke dalamnya beberapa tahun dahulu. Ketika itu, ramai juga yang turut menyewa. Namun, setelah seorang demi seorang meninggalkan rumah ini untuk mendirikan rumahtangga, maka saya dapat lah melihat keadaan rumah ini yang semakin lama, semakin buruk. Adeh... agak sadis di situ

Namun, semenjak beberapa minggu nan lalu, kawan saya telah menguploadkan gambar-gambar di ruang tamu rumahnya. Saya terpukau dengan kekemasan dan kecantikan decor di rumah itu. Yang lebih menekejutkan saya lagi, kawan saya ini adalah seorang lelaki, tinggal bersendirian, dan rumah itu hanyalah rumah sewa! Katanya, "Masa aku nak decor rumah ni, aku tanye tuan umah dulu. Dia kata OK, maka aku pun OK je la. Wahahahahaha," sambil berseloroh.

Tak cukup dengan itu, sebuah majalah IKEA pula dihantar ke rumah saya. Lagi la saya menjadi panas ala-ala Super Saiyan ketika membeleknya. Lantas, saya memulakan aktivitas mendeko rumah sewa saya pada baru-baru ini. Belum banyak yang dideko tetapi adalah sedikit.

Terimalah...


Seekor tikuz telah membuat semua ini di bawah sofa. Saya terpaksa buang sofa busuk itu dan meminta bantuan housemates saya untuk membersihkan tempat ini.


Setelah dikemas dan dideko, maka inilah akibatnya. Cantik tak?


Ini adalah gambar jam di rumah Tok Ngah saya. Saya edit gambar itu menjadi versi hitam putih. Cuci saja untuk saiz 4R dan masukkan ke dalam frame murah itu. Cantik tak?


Selain itu, saya juga menangkap gambar saya sendiri. Itu adalah tangan comel saya yang sedang memegang gitar.


Setelah itu, letakkan sahaja mereka bersebelahan atau side by side agar lebih ceria. Saya letakkan mereka di atas almari buku yang kecil tinggi paras pinggang, di sebelah TV di ruang tamu.

Harga paintings dan gambar-gambar yang lebih kurang berformat begini adalah terlalu mahal harganya ketika saya lihat di sebuah kedai itu! Sebab itu lah saya membuat keputusan untuk menangkap gambar, cuci, dan letak dalam frame sendiri. Anda juga boleh melakukannya. Selamat mencoba!

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


Monday, 5-Oct-2009 03:56 Email | Share | | Bookmark
Raya 2009 - Syawal 1430 Hijrah

Selamat Hari Raya!

Berikut adalah beberapa keping gabarajah rayaku. Tak dapat la nak upload banyak-banyak kerana yang ada di dalam hard disk itu adalah sangat lah banyak lah.

Terima lah...


Raya pertama tiada bergambar kerana adikku dan isteri beliau belum pulang ke kampung halaman. Hari raya ke-2 barulah kami berjaya dikumpulkan. Akibatnya adalah begini lah.


Saya dan sepupu meninjau adik saya yang berada di bawah yang sedang ambek gamba kami. Lokasi adalah di KL, umah sepupu ku.


Ini di rumah maksu kami. Saya memeluk Encik Sponge Bob Square Pants kerana dia mahu melarikan diri daripada kami.


Aktivitas melompat ini adalah sejajar dengan permintaan yang tinggi.


Adikku memakai T-Shirt ini ketika beraya di umah Tok Ngah. Saya ingatkan dia bermain-main sahaja. Rupa-rupanya, dia benar-benar memakainya!


Saudara-mara datang beraya di rumah saya. Saya cuba bertukar menjadi Sailormoon tetapi tidak cukup kuasa. Lupa nak charge bateri


Maksu sedang mengira jumlah duit raya yang sepatutnya dia dapat kalau dia masih kanak-kanak pada tahun ini sambil diperhatikan oleh kakaknye yang dipanggil sebagai Makcik.


Sedara-sedara yang gemar bergambar ini adalah memang begini.


Ini pula adalah abang kepaada sedara-sedara tadi. Beliau cuba menjadi seekor ikan duyung tetapi tidak berjaya. Sijil kelayakannya tiada.


Sebahagian daripada family besarku yang ku sayangi dan kagumi saban hari.


Adik dan emak saya posing di depan rumah bertemankan pelita buluh. Bukan ekzos buluh, tau.


Adik dan emak saya begitu tertarik dengan lampu itu.


Ini lah pelita tadi. Sepupu ku yang rekacipta sendiri. Nama beliau ialah saudara Sepul.


Nendaku yang syiok merayakan hari raya bersama kami. Give me 5!

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net