Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Sep-2009 16:54 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri - 1430 Hijrah

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Aha... musim berhari raya ni, memang baaaaanyak gambar raya. Semua orang bergumbira sambil merakamkan detik-detik di Aidilfitri bersama ramai manusia.

Well, mungkin di lain entry baru saya mampu menguploadkan gambar-gambar raya di sini. Tak boleh upload sekarang kerana belum habis beraya lagi. Haha...

Selamat Hari Raya kepada anda yang sudi melihat entry saya ini pada hari ini, ye
Saya sayang kamu. Muahhh...!


Adakah Tutcute ini cute dimatamu? Huhuhu...

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762



Tuesday, 15-Sep-2009 19:30 Email | Share | | Bookmark
Another Bday Pwezent huhu :)

Pada hari lahirku itu juga, ku terima semua buttons yg boleh dipasang pada Crocs ku itu. So cool!
Terima kasih kepada kawanku, Liza Ismail @Yong for the buttons. Terima kasih!

Selamat menyambut Hari Raya yang bakal tiba. Maaf Zahir dan Batin. Berayalah dengan Crocs anda! Hawhawhawhawww!



Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS

TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


Tuesday, 15-Sep-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
My First Birthday Present 2009 :):):)

Huhuhuhu!

Sewonok hawi ni... kerna besdayku tiba lagi. Dan hari ni masih lagi di dalam bulan ramadhan. Alhamdulillah... gembiwe wasenye....

Semalam, kawanku yang diberi nama jolokan Kak Liza Lias telah menyiapkan hadiahku dalam masa beberapa jam sahaja! Beliau menyiapkannya ketika beliau berada di tempat kerjanya. Ye la... tengah free plak time tu, kan. Bak kata orang tua-tua... kalau takde keje, carik la keje!

Ye, dok? Ahahahahahahhh!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama, berganding bahu dan mengembeleng tenaga untuk scroll ke bawah bagi melihat hadiah apakah yang berjaya dibawa pulang olehku...


Wah! Siap ada nama aku tu! Terharu, beb!


Ini pandangan belakang pula.


Ini adalah pandangan sisi. Anda kena lihat dari tepi.


Ini adalah pandangan dari tepi juga. Tapi tepi yang belah sana.


Yang ini pula, pandangan dari tepi yang belah sini.


Oh, oh..! Dia telah memuntahkan broadband ku!


Ye... inilah dia yang sebenarnye. Penyarung Broadband Super!


Kalo arini aku rasa nak pakai USB wire kaler pink, maka akan jadi camni la. huhuhhu....


Kalau esok aku rasa macam nak eksyen kat kawan-kawan, leh la aku isi aku nyer henpon.


Ha, pastu kan, leh la aku gantung kat leher seraya berkata, "Hey, kawan-kawan sekalian... korang ada ke Penyarung Broadband Super Yang Kadang-Kadang Leh Sarung Henpon ni? Takde kan? Takde kan? Takde kan? Hahahahahaahahaa.... ".

Kalau korang berminat atau nak share kemahiran membuat Penyarung Broadband Super, Pencilcase, Kasut Bayi, Topi Bayi dan sebagainya, sila lah menuju ke blog Kak Liza yang berada di http://aperciter.blogspot.com itu. Selamat mencuba!

TERIMA KASIH, KAK LIZA!

Sekian, terima kasih juga kepada anda kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS

TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


Saturday, 5-Sep-2009 16:09 Email | Share | | Bookmark
Here and there...

Aha...kita bersua lagi

Sahabatku yang bernama Cak mengajakku menembak di Jalan TAR bersama rakan-rakan yang lain. Namun, ku tidak jadi pergi. Aku pasti, mereka seronok menembak dan berbuka bersama-sama tadi...

Anyway, aku juga tidak mahu melepak di rumah sahaja. Lalu ku ikut kazenku dan kawannya merayau sebentar. Tidak ada plan yang terperinci, cuma lamunan terhenti.

Mari lihat beberapa helai gambar :


Kami menaiki kereta kawan kazenku. Kami teman dia pegi putrajaya. Dia nak survey tempat dia nak kena interview nanti. Kat situ banyak bangunans, namun aku malas menembak gambar-gambar bangunans. Kurang minat kot.


Ini di dalam masjid di putrajaya itu. Amboi, jauhnye tempat berwuduk dengan tempat solat. Kalau terkentut masa on the way, cemana? Pasti sukar, bukan?
Tapi tempat solat memang selesa la. I like.


Setelah itu, kawan kazenku hantar kami ke Amcorp Mall, PJ. Situ ada pula majlis berbuka bersama anak-anak yatim. Ada la beberapa artis turut serta. Aku tidak menembak muka mereka kerana tidak meminati mereka. Lagipun, kami tak terlibat. Kami makan di Kenny Roger's saja. So, aku tembak saja ketupat itu.


Kami berdua memulangkan diri menaiki putra lrt. Sempat la beli DVD untuk dilayan. Cerita Obsessed, Final Destination 2, dan Ice Age 3

Huhu...

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
shooting people on their weddings and birthday parties


TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762




Thursday, 3-Sep-2009 00:39 Email | Share | | Bookmark
Using a Digital Camera at Night

Bulan ini bulan mulia. Maka, harus la kita berpuasa dan berbuka juga. Pada suatu hari baru-baru ini, kazenku yang menetap di PJ menaliponku seraya berkata, " Kaklong, jom la kita berbuka di KL sebagai konon-konon majlis perpisahan kita dengan kawan kita yang bernama Din selama sebulan.Dia nak gi outstation. Dalam negara je la, tapi. Huhu..."

"Biar betik? Nak buat ala-ala farewell party ke? Macam omputeh la pulak. Namun, di mana?" Bentakku.

"Di Hotel JW Marriot sahaja. RM62. Mari la," rayunya sayu.

"Apasal murah sangat? Tak kuasa mak," selorohku.

"Ala, jom la nyah. Meriah sikit. Jadi tau. See you!" Lalu beliau meletakkan gagang telefon itu. Guna telefon opis la katakan. Kalau guna henfon, manade gagang, kan? Haha...

[Dialog atas telah diubahsuai agar bunyinya macam bagus, tanpa mengubah maksud].

Ohho... lalu kami bertiga pun menuju ke sana menaiki monorail dari KL Central. Perjalanan adalah meletihkan dan memeluhkan. Oleh kerana aku telah menduga bahawa aku akan penat, maka aku membuat keputusan untuk membawa kamera digital sahaja. Ini adalah berikutan kamera DSLR adalah berat dan tak larat la aku nak bawak time puasa ni. Lagipun aku nak gi makan. Huhu...

Sudah pasti kamera kecil ini tidak dapat menghasilkan gambar-gambar seperti hasil dari DSLR. Namun, ku cuba juga.

Masalah yang sering dihadapi adalah ketika menghambek gambar di waktu malam. Sukar, bukan? Tapi tidak mengapa. Di sini inginku berkongsikan tips bersama anda sekeluarga.

Langkah-langkahnya :
1. Gunakan mode M (Manual).
2. Off kan fungsi Flash.
3. Tekan punat yang ada gambar bunga tu.
4. Set kan ISO kepada 100.

Langkah-langkah di atas diadaptasikan daripada cara yang hampir serupa ketika menggunakan DSLR. Maka, hasil gambar adalah tidak mendukacitakan. Mari kita saksikan contoh-contoh gambar yang diambil oleh kami pada malam itu dengan menggunakan kamera digital kelabu jenama Canon itu.


Ini adalah ruang legar sekitar lokasi berbuka puasa itu. Cahaya kuning dari lampu memang akan menyebabkan gambar seperti kekurangan cahaya. Kellihatan kazenku, Mas dan kawan kami, Din bergoyang kerana mereka sedang bergerak-gerak ketika ini. Namun, dinding kelihatan jelas kerana mereka tidak bergerak.


Kaki-kaki Mas dan daku. Cahaya lampu yang ada ketika itu adalah berwarna putih. Gambar kelihatan lebih baik jika cahaya yang ada adalah mencukupi.


Lokasi di Bukit Bintang ini indah dengan kehadiran lampu-lampu itu.


Cahaya dari kereta yang bergerak itu memberikan kesan yang menarik. Kesan ini juga boleh dihasilkan dengan penggunaan DSLR.


Seperti menggunakan DSLR juga, kamera digital mampu merakamkan imej seperti di atas. Tren kelihatan laju, seorang manusia berdiri dan tidak bergerak, seorang manusia lagi sedang berjalan.


Jika awak ternampak gambar-gambar besar begini, sila tiru aksi yang sama. Pasti menarik gambar anda nanti. Di atas, gambar kelihatan jelas walaupun bertemankan lampu kuning. Namun, awak kena cuba snap beberapa kali dari sudut berbeza untuk mendapatkan hasil yang jelas begini. Sudut yang salah, menghasilkan imej kabur dan busuk.


Dari sudut yang lain dengan pencahayaan yang cukup.


Di hadapan kedai. Dalam area hotel itu. Lampu yang ada adalah berwarna putih dan terang benderang seperti di dalam shopping mall. Maka, tiada masalah la.


Depan kedai juga, tempat yang sama. Cuma, tulisan itu berlampu. Gambar ini digelapkan (diedit kemudian) untuk menampakkan tulisan itu. Tapi aku tak kenal sapa Fendi.


Aksiku meniru gambar di belakang. Cahaya kuning yang lemah. Tetapi, dengan sudut yang betul, gambar yang terhasil adalah jelas. Gambar ini telah diedit sedikit.

Penting! :
1. Sila tahan napas ketika sedang snap gambar. Ini dapat membantu agar tangan kita tidak bergoyang. Jika bergoyang, maka gambar awak akan kabur, bergegar dan busuk.

2. Gambar yang jelas sangat mudah diedit. Kalau kabur, awak nak edit macamana lagi?

3. Waktu malam memang mencabar sedikit. Kena snap banyak kali, dan cari banyak sudut/ angle yang sesuai dengan kehadiran cahaya. Kalau cahaya kuning, memang agak susah la.

4. Kalau cahaya tak cukup, tak payah la susah payah. Sebab tu la gambar kami berbuka adalah tiada. Ini kerana cahaya tak cukup. Makan kat tepi pool la katakan. Benci. Tapi overall, makanan kat situ not bad la jugak

5. Kalau awak dah try tapi gambar tetap hampeh, sila la tukar kepada kamera Canon ye. Serius.

Okeh itu saja dariku. Selamat mencoba!

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
shooting people on their weddings and birthday parties


TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net