Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Aug-2009 16:31 Email | Share | | Bookmark
Fasting :)

Assalamualaikum, salam sejahtera, hello

Inginku ucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Saya mintak maaf jika tersinggung perasaan anda dan terbuat salah kepada anda. Maafkan la saya. Kadang-kala, kita tak perasan bahawa kita dah sakitkan hati orang lain. Maaf ye...

So, marilah kita meneruskan aktiviti puasa dan ibadah di bulan ini dengan jayanya. Yeah!



Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS

TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


Wednesday, 19-Aug-2009 14:18 Email | Share | | Bookmark
Wedding Photography Packages 2009

Assalamualaikum w.b.t. and salam muhibbah

Pengumuman di sini : Pakej fotografi terbaru kini serendah RM1,100 telah tiba! Abadikan kenangan indah anda di dalam storyboard album pula! Sila hantarkan e-mail @ sms untuk tempahan dan keterangan lanjut, ye

Price :
1. RM1,100 (1 event)
2. RM1,600 (2 events pd hari yg sama)

Pakej-pakej ini berkuatkuasa sekarang, untuk majlis-majlis perkahwinan yang bermula pada 26 September 2009!

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS

TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762





Sunday, 9-Aug-2009 16:53 Email | Share | | Bookmark
Bunkface

Date : 09 August 2009.
Day : Sunday.
Venue : Dewan Sekolah Menengah Dato' Hamzah, Klang.

Ketika diriku sedang asyik menyibuk melayari facebook, my face berubah apabila diberitahu mengenai Bunkface.

Ala... band muzik Indi itu la. Mereka menetap di Andalas (tidak jauh dari rumahku) tapi aku tak tau umah mereka yang mana satu. Ramai remaja riang sangat meminati mereka. Untuk keterangan lanjut mengenai band ini, sila la cari di google sendiri ye.

Diriku mendapat tahu bahawa sebuah sekolah (as mentioned above) telah mengadakan Hari Terbuka. Biasa la kan. Jual makanan, minuman, ada pameran, umah antu, dan yang paling best sudah tentu lah konsert Bunkface ini.

Diriku ke sana bersama adikku. Tiba pukul 11.30am. Nasib baik belum terlepas show. Bunkface tiba pada jam 12.30pm.

Gambar adalah tidak banyak, tapi ku ingin berkongsi bersama anda. Dan terima kasih kerana sudi meihat-lihat gambarajah-gambarajah di sini. Syabbashhhh!!!


1. Kawasan dewan dikawal ketat oleh pasukan RELA dengan kerelaan mereka sendiri.


2. Oleh kerana diriku gagal melepasi benteng pertahanan pasukan RELA itu, maka ku lunjurkan saja kakiku yang kaku itu.


3. Eh, tau-tu aje, Bunkface dah sampai. Yeyyyy.... mereka sedang tiun gitar dengan penuh gaya.


4. Amboi sungguh ramai yang terpaksa menghadirkan diri. Aku pun sama. Terpaksa bangun awal. Huhu...


5. Artis yang kelihatan itu adalah Sam, the vokalis. Pandai sungguh beliau bernyanyi


6. Ini je la shot yang terang. Gambar-gambar lain adalah kabur dan busuk akibat tolakan dan anjakan paradigma penonton-penonton yang lain.


7. Walaupun begitu, tidak mengapa. Kerana aku sudah ada plan baekkkkkkk punya. Ahak!


8. Setelah ku letakkan bayaranku di sini, impianku sudah tentu menjadi kenyataan yang ternyata sekali adalah nyata...


9. Oh, look! Itu lah mereka. Eh, kenapa jauh sangat? Meh sini aku kasik zoom...


10. Tadadada..... Sungguh comel. Tahniah, Bunkfaces!


11. Adikku, Min bersama Bunkface. Heyyahhhhh! Ultraman Tiga!


12. Dialog ku : Sam, ko bole tak benti mengipas lipas?


13. Dialog ku : Sam! Ko dengar tak! Aku kata benti mengipas lipassssssssssss!
Dialog Sam : Ye la ye la ye la ye la ye laaaaa!


14. Bertukar!


Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
shooting people on their weddings and birthday parties

TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762



Thursday, 6-Aug-2009 04:15 Email | Share | | Bookmark
Aha... ?



Mungkin nenek ini berkata kepadaku, "Dey, bila mau hapdet, la?" Seswai ke kalo aku letak ayat itu sebagai title gambar itu? Huhu...

Inginku hapdet tetapi belum masa. Ontah la. Oh ye, jika ku kelapangan, mungkin berjaya hapdet weekend ini. Tengok la keadaan. Tengok la ye.

Tengok la...

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
shooting people on their weddings and birthday parties


TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


Thursday, 16-Jul-2009 01:23 Email | Share | | Bookmark
Bali, Indonesia - 10th to 12th July 2009 :)

Perancangan ke Bali telah disuarakan oleh cousin kepada cousinku. Jumlah total orang yang pergi ke Bali pada asalnya adalah seramai 7 orang, namun, sedikit perubahan telah berlaku dan akhirnya 7 orang tersebut akhirnya ke Bali dengan terbahagi kepada 2 kumpulan. Group yang disertaiku adalah seramai 4 orang, dan lagi 3 orang itu pergi kemudian hari dan berlainan program.

Kesulitan amat dikesali.

[Transform!]

Walau apa pun, semuanya selamat aja, dan seronok banget!


Kelihatannya, persis para auditionist bagi gaya MJ, ya. Dari kiri anda : diriku, Mastur (cousinku), Nor (sahabat cousinku). Lokasinya di kamar kecil (toilet), di LCCT.


Ya, satu-satunya pria yang turut sertai, Din. Beliau merupakan sahabat cousinku itu. Seharusnya dia melindungi kami, namun, kelihatannya kami yang melindunginya. Hanya Dettol yang mampu melindungi kami semuanya karna ia membunuh 99.9 peratus bakteria.


Saat berlepas udah tiba. Peramugariwati sedang menggayakan busana pesawat udara. Pinggulnya berjaya menawan hati para penumpang yang melihatnya. Cewek yang berasal dari Indonesia itu sememangnya ngetop dan ngecun.


Fasten = kencang. Ngertik? (adakah anda mengeri akannya?).


Hahaha! Gampang sekali!


Seorang tourist sedang enak bermimpi di dalam pesawat sambil menutupi mask di mukanya. Waduh... mungkin dia sedang tersenyum di dalam mask. Tiada shiapa yang tau...


Udah tiba di Bali... Hanya papan yang menjemputin kami...


Kami menginap di sini aja. Kamarnya kelihatan seperti kamar aja...


Pemain musik sedang enak bermain musik.


Kami menonton tarian di sini yang dikenali sebagai Barong Dance. Lokasinya udah lupa. Ampun.


Ehem... aktivitas sampinganku tidk dilupai. Harus melihat dance itu tapi lagi harus melihat cowok-cowok di sana


Watak penjahat ini sungguh berwarna-warni. Mempunyai bakat semulajadi dalam aktivitas mewarnai buku Mari Mewarna.


Cewek yang indah ini didatangkan khas dengan sendirinya. Paling ayu sekali. Semoga dia adalah wanita yang tulen, ya.


Terpaksa duduk begitu karna kursi tiada disediakan oleh penajanya.


Matanya menawan sesiapa aja yang merenungnya...


Ya, itulah dia si Barong. Tubuhnya begitu sasa. Rambutnya... begitu lurus. Hanya guna jari aja!


Barong yang melihat aja aksi manusia yang coba membunuh diri.


Touristas dari Jepang ini kelihatannya sungguh eksited di situ.


Salah satu kuil yang terdapat di Bali. Sungguh luas. Kami udah bersedia untuk bertanding futsal di dalamnya, tetapi ditegah sama sekali.


Semuanya diminta memakai sebuah kain bagi menghormati kuil mereka. Jika anda udah kehabisan kain, minta aja dari mereka. Warna pilihan yang ada cuma merah menyala dan biru laut bali.


Sebilangan barangan adalah dibeli di sini. Pasar ini terletaknya di Ubud. Harga-harganya adalah dari puluhan ribu hingga ratusan ribu aja. Kepada jutawan dan beradawan, pastinya ngaak ada masalah, ya.


Kami juga shopping di sini, di Galuh Art Shop. Semuanya adalah 50% off. Gue hanya mempurchase seluar bali untuk dibuat mandian di kolam. Ternyata ia bisa digunakan sebagai seluar. Sebagai telepon adalah ngak bisa, ya.


Pak sekuritas sedang sibuk ngobrol bersama isterinya.


Di kuil Pura Thirta Empul.


Masih di kuil itu. Ini adalah tempat penganut agama Hindu membersihkan dirinya.


Gue yang sedang berdiri di situ.


Gunung Kintamani. Gunung ini masih hidup, dan tanah yang hitam itu adalah larvanya yang udah sejuk. Coolness...


Jika ia meletus ketika itu, limau bisa aja diletakkan di situ bagi menutupi ruang udaranya.


Atau disirami aja, dong!


Gunungnya juga bisa diratakan dengan rapi.


Sunset itu sungguh indah. Lokasinya di Uluwatu. Bisa terjun di situ. Apapun, harus minta nasihat dari doktor dulu, ya.


Kecak Dance langsungnya di sini, di Uluwatu. Budayanya agak berbeda. Cari aja di youtube untuk melihatnya.


Antara gerai jualan di Tanah Lot, yaitu tempat tourist membeli-belah. Gerai Hotlink sememangnya ngak ada di sini.


Pintu kemasukan di Tanah Lot. Di sini dapat melihat lautan dan ombak badainya. Udaranya juga segar, berperisa oksigen tulen.


Ya, udah tentu ada kuil di situ. Namun, apa yang ku mahu hanyalah pria yang kelihatan di situ


Ombak badai yang menghentam tepian. Mujur berjauhan. Jika berdekatan, maka ia adalah dekat.


Aktivitas parasliding untuk para tourist agak membimbangkan karna jika ditiup angin, pasti melayang jauh setinggi 5 hingga 7 meter skala richter.


Kuta Beach. Oiihhhhh! Gampang, deh!


Losyen harus meliputi badan sebelum aktivitas surfing dijalani. Kami tiada bakat di dalam aktivitas surfing ini, namun begitu gampang di dalam aktivitas surfing the internet aja.


Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
shooting people on their weddings and birthday parties


TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net