Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 23-Mar-2010 05:54 Email | Share | | Bookmark
My Relatives on My Cousin's Wedding Day ;D

Di dalam entry yang lalu, telah saya memaparkan photos cousin saya, Intan dan suami beliau, Din di hari-hari bahagia mereka itu. Yea, kini saya mahu letak photos relatives saya pula. Tanpa mereka, tiadalah meriah suasana itu. Asal diorang ada je, pasti meriah. Asal meriah sahaja, pasti diorang ada. Pendek kata, ini semua, mereka punya pasal la ni. Huhu ;D

Baiklah, harus la kita melihat sekarang


Suatu hari nanti, begini la rupa paras tangan pengantin. Hehe... yea inilah tangan Wan saya bersama cincin wedding beliau.


Si kecil itu adalah anak cousin saya. Fazrik namanya. Kami panggil dia Pazrik agar hampir sama bunyinya dengan nasi paprik.


Yang cute itu adalah saya, bersama adik saya, Min, dan cousin kami, Aled. Aled memegang kamera yang kami namakan sebagai Kemegho Balai Ghayo (kamera balai raya), kerana memang ia dipinjam dari balai raya itu. Huhu ;P


Ini adalah bebayang ataupun sillhouette Aled. Dia datang terlalu awal. Pengantin pun belum bangun tido lagi.


Edy dan Aina adalah kazen saya. Yang kanan itu adalah anak kazen saya, bernama Sima. Sima sibuk memerhati pengantins, manakala Edy dan Aina membuat muka begitu setelah saya menyatakan hasrat untuk meminang Brad Pitt.


Aina memang suka lompat begitu kerana dia adalah seorang pemalu.


Ini kazen saya, Enol. Dia jahat kerana tidak membelikan t-shirt itu untuk saya!


Kazens dan adiks saya. Ada seorang rapper di situ. Kuhkuh...


Inilah keluarga rapper itu hehe... Faiz, Jude dan anak mereka, Shahmina.


Enol (kiri) dan kazen beliau. Hensem juga kazen dia itu. Nanti saya nak mintak nombo tifon dia.


Kazenku, Kak Ju dan suami beliau, Encik Yusman. Sungguh romantik beliau menyiram tangan isteri beliau sebelum memulakan pemakanan.


Saya tak kenal mereka. Tapi saya suka melihat aktivitas seperti itu.


Kak Piah dan Kak Zira adalah kakak-kakak ipars kepada kazen2 saya. Mereka dulu adalah best friends, dan kini menjadi The Ipars.


Kazen saya, Mamat sedang cuba mengganggu Wan. Misi gagal.


Si comel dan cousin, Jude. Comelkah daku?


Cousin Emi dan adikku, Min melepak di bawah pokok kelapa nan sebatang itu. Kat belakang itu adalah cousin Mizi dan adikku, Duan. Mereka lepak situ kerana takmo basuh pinggan.


Sillhouette anak kazen saya itu, Fakri si adik Fazrik. Juga disebut Pakri.


Yang tengah tu adik saya, dikelilingi oleh kazens. Mereka memang begitu.


Adik saya dan kazen Mij. mengisi masa lapang sebelum mengisi ruang perut.


Adik saya Zaid dan isteri, Su. Mereka main kawen-kawen di situ. Mungking mahu mengimbau kenangan lalu... huhu


Kazens dan adik yang tengah free.


Sima umpama Kg. Sri Repah's Next Top Model.


Makteh dan Pakteh saya. Saya kena marah setelah suruh mereka pose 'cium pipi kekasih anda'.


Gangguan teknikal begini sering berlaku.


Wan menyiapkan kerja beliau sebelum terlambat dengan posisi kona baring.


Wan menepung tawar dan gusar setelah tidak menjumpai tepung untuk ditawarkan.


Cousin Yoi yang bermain-main dengan rambuts palsu kepunyaan mak andam itu.


Adik dan adik ipar yang masih mengimbau kisah lalu...


Sebahagian daripada relatives saya yang cuba menyampaikan pelbagai nasihat kepada pengantin.


Sima mencari penawar rindu.


Cousin Kakak dan Nurul bersama Yoi yang busuk.


Cousins bersama artis. Saya tidak kenal beliau. Lagipun beliau tidak kenal saya.


Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk aksi-aksi relatives saya:)

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Thursday, 18-Mar-2010 06:21 Email | Share | | Bookmark
Intan & Din (Part 2) - Majlis Pernikahan & Persandingan

Events : Solemnization & Reception
Dates : 13 & 14 March 2010
Venue : Kg. Sri Repah, Tampin (N9)

Ahah! Mari la saya upload gambar-gambar cousin saya dan suami beliau ini. Selepas majlis pertunangan (previous entry), ada berlaku event malam berinai, serta persalinan pada keesokan paginya. Namun, Gambar-gambar itu saya tidak upload la ye. Itu saya letak dalam album pengantins terus, kerana biar la surprise sedikit buat mereka itu hehe...

Ayuh, kita mulai...


Din : Dah boleh lafaz ke belum ni? Saya dah ready ni!
Tok Kadhi : Woeyyyy sabar sedikit, boleh atau tidak?
(Kelihatan Ketua Undang sedang menguap di belakang Din, dek kebosanan melihat adegan itu)


Intan : Saya pun tak sabar, sebenarnye. Kikikikikiki...
Mak Intan (brtudung merah itu) : Isk, time aku kawen dolu-dolu, takde la bising-bising konon tak sabar macam diorang ni. Hish...
Intan : Itu dulu, mak. Skang ni zaman dah berubah. Zaman dulu memang takleh blah...
Mak Intan : Ko diam, Intan!


Bapa Intan : Aku nikah... aku... aku...
Orang ramai : Adui.... siapa yang patotnye nebes nih? Ceh!


Din : Fuh lega... ni nak kena sain kontrak apa plak nih?
Tok Kadhi : Hello? Buat-buat taktau pula. Takkan la Tok nak suruh ko sain kontrak sebagai artis rakaman pula?
Din : Erk... ok ok ok Tok. Saya sain. Stop nagging please...


Intan : Ni kena sain kontrak apa plak ni?
Hadirin : Ha, ni lagi sorang! Baik kamu sain je, sebelum Tok Kadhi bagi ceramah!
Intan : Ala, kecoh.


Din : Okeh! On your mark, get set, go! (membuat posisi seperti pelumba lari di garisan permulaan sebelum memulakan larian)
Hadirin : Hey! Sekarang bukanlah masanya! Hello?


Din : Hehe... terimalah cincin yang best ini, dinda.
Intan : Oh you are so the sweet! Thanx a million, my love ~
Hadirin : Heppppppppppp!


Akak kat blakang tuh : Hey ni salam ke apa ni? Dah 2 hari salam, tak abis-abis lagi?
Hadirin : Ala, ko bagi la chance sedikit kat diorang tuh... hadoiyai...
Akak tu : Eh, aku pula?


Din : Okeh, kami dah letih ni.
Intan : Yea, kami gi tido dulu ye.
Hadirin : Ehem... Waktu solat Isya' pun tak masuk lagi, korang dah nak masuk tido pula?


Din : Eh, kenapa tiba-tiba je kita ada di sini? Berbaju oren pula.
Intan : Ini la magik. Faham?


Intan : Uiiiii... nampak cam sodap udang galah nih! Hm....yummy..
Din : Behave, my dear. Behave...


Din : Mari baca doa makan.
Intan : Eh, kan kita dah makan tadi? Ni doa selepas makan la.


Din : Ha, inilah dia Sirap diRaja!
Intan : Nope. This is Ribena diRaja.


Din : Ehem... hai che adek... bole berkenalan? Abang ada KSWP tau.
Intan : Rasa ingin muntah pula.


Hadirin : Apa yang korang buat di kawasan itu?
Mereka : Oh pocot, terkejut pula kami dibuatnya!
Saya : Pendusta!


Intan : Kita kena panjat tangga ini untuk masuk ke rumah.
Din : Okeh, gua takde hal, babe. Ingat gua gentar?


Din : Ha... berjaya juga masuk rumah ini. Eh, macamana dinda leh sampai dulu neh?
Intan : Kanda taktau umah ni ada lif, eh? Haha... padan muka kanda!
Din : Dinda pendusta!


Kesian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Tuesday, 16-Mar-2010 15:23 Email | Share | | Bookmark
Intan & Din (Part 1) - Majlis Pertunangan

Date : 13 March 2010
Day : Sabtuday
Venue : Kg. Sri Repah, Tampin (umah wan saya)

Cousin saya yang bernama Intan telah memanggil saya sebagai fotografer rasmi beliau di hari pertunangan beliau itu bersama kekasihnya, Din. Tahniah diucapkan kepada beliau dan pasangan, yang kini sudah pun bergelar suami dan isteri. Ahuhuhu...

Untuk entry ini, saya upload gambarajah-gambarajah di hari pertunangan mereka sahaja, ye. Gambarans events mereka yang lain-lain itu akan menyusul kemudian.

Mari la kita lihat sama-sama...


Sementara menanti kehadiran pihak rombongan dari pihak lelaki itu, Intan mengisi masa lapang beliau dengan mencuba-cubi segala peralatan yang dibawa oleh mak andam itu...


Intan : Hish... mano pulak la diorang ni...? Sosek ko? GPS ghusak gek 'eh? (GPS rosak agak nye).


Intan : La patot la tanampak! Tadi saya mengintai dari tingkap yang salah. Hahaha!
Saya : Cheisst...


Bakal mentua : Ha... muat pun cincin di jarimu ittew...
Intan : Terima kasih. Susah-susah je sarungkan. Intan leh sarung sendiri sebenarnye. Apa la yang aku merepekkan ini. Huhu...nervous beb.


Intan : Tadaa... lihat la pandang la...
Saya : Ha, nak kasi saya jeles la tu?
Intan : Ala, sorry. I didn't mean it that way, okay
Saya : Huhuhu...


Intan : There are five fingers on my hand, yeah yeah... and a ring on my...
Saya : Ehem..
Intan : Erk... hehe.


Kengkawan dia : Haaaa! Oho, ko jemput kitorang melalui fesbuk je ye? Amboi... bagi la kad kot ye pon!
Intan : Hey, aku dah kasi kad la! Aku jemput korang datang kenduri esok, bukan ke majlis pertunangan ini. Ceh.
Kengkawan : Oh... ok kami pulang dulu


Wan kami : Wah dh bertunang dah cucu wan ni... moh amek gambar!
Intan : Ala wan ni.. ajak bergambar tapi mato eh pojam. Ceh..


Mak Intan (maklang ku) : Sapa patut cium sapa ni?
Intan : Ala sekali sekala.... relax la. Hehe...



Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Sunday, 7-Mar-2010 07:16 Email | Share | | Bookmark
Huda & Nafik - Day 2

Date : 21st February 2010
Venue : Senawang, N. Sembilan
Event : Bersanding (Reception)

Majlis ini berlangsung pada hari Ahad, yaitu keesokanpaginya setelah hari pernikahan. Ramai juga orang datang. Ye la, takkan tak datang pula?

Okay... mari kita lihat mereka di hari kejadian itu


Penyambut tetamu : Ye, selamat datang wahai hadirin sekalian! Salam 1 Malaysia


Yea nampaknya raja sehari kita telah tiba di kawasan perkarangan rumah baginda permaisuri sehari bertatahkan 'peace' di tangan.


Raja sehari : Sebenarnya, beta tak ingat di manakah lokasi rumah permaisuri beta, wahai datuk mamanda.
Pengapit : Sorry sikit! Aku tanak watak datuk mamanda, ok!
Raja sehari : Ala, sehari je kot?
Pengapit : Ah! tadek! Tadek! Tadek!


Seorang rakyat : Tuanku! Apa khabar, bro?
Raja sehari : Gua steady je beb. Eh, ko tau tak kat mana umah permaisuri beta?
Seorang rakyat : Taktau! Saya datang nak makan je!
Raja sehari : Cis! Bedebah!


Raja sehari : Dinda, setelah 5 purnama, baru la kanda jumpa rumah dinda.
Permaisuri sehari : Takpe. Biar lambat asal selamat.


Pensilat : Hiapppp! Bzzztttt saya lah Ultraman Tiga!
Raja sehari : Wah hebatnye kuasa itu! Terima kasih kerana menghadirkan diri
Pensilat : Sama-sama kasih!


Bonda permaisuri : Ya, salam 1 Malaysia buat anakanda-anakanda bonda!
Saya : Erk... saya photographer mereka. Anakanda-anakanda ada di sebelah kiri puan bonda.
Bonda permaisuri : Oh! Tersilap pula. Haha!


Permaisuri sehari : Kanda, kat mana kanda tempah bunga itu?
Raja sehari : Di kedai bunga, dinda. Tidak mungkin di kedai basikal pula, dinda.


Lelaki bertuksedo : Harap-harap takde orang perasan kita kat sini. Kang abes la kita kena makan. Isk.
Pompan berwedding dress : Aiseh... bahaya ni!


Permaisuri sehari : Kanda, bila kita nak potong kek tu?
Kanda : Jap lagi la.
Mangsa-mangsa itu : TIDAKKKK!


Raja sehari : Kanda tak reti la makan pakai sudu ni...
Permaisuri sehari : Nak suruh dinda suap la tu, kan? Gatai...


Permaisuri sehari : Nah, dinda suap stoberi nih..Dari Cameron Highland tau ni..
Raja sehari : Em, sedap juga. Di mana dinda beli?
Permaisuri sehari : Kan orang dah bagitau tadi? Cheisssssst!


Dayang sehari : Puanku dan tuanku sekalian, kini tibalah masanya untuk anda memotong kek itu.
Permaisuri sehari : Okeh. In a minute.
Raja sehari : Diorang kat belakang ni cite pasal aku ke ni? Ish... musykil ni..


Mangsa-mangsa : Tidakkkk!!!


Dayang sehari : Berjaya juga mangsa-mangsa itu dikerjakan. Hehehe... sekarang ialah waktu mencuci tangan dan menghapuskan bukti.


Dayang sehari : Alamak! Wajahku telah dirakamkan! Sila berhenti!
(kejadian sebenar = dia cakap kat saya 'heyyy tak baik tau ambik gamba orang macam ni! heyyyy tak baik tau' sambil gelak2 dan kejar saya. hihihi... ampun. gurau2 je )


Permaisuri sehari : Siapakah gerangan si kepala botak itu?
Raja sehari : Itulah jemputan VVIP kita, Avatar the Last Windbreaker.
Pengapit permaisuri : Er.... the Last Airbender la tuanku.
Raja sehari : Oh...


Saya : Hey! Kot ye pun jangan la lari laju sangat! Tunggu!
Mereka : Yey yey tak dapat kejar kami! Yey yey!


Mereka : Ala... dia dapat tangkap kita la...
Saya : Hep! Ni sapa suruh posing camni lak ni?
Mereka : Hihihi...


Permaisuri sehari : Kanda posing sorang-sorang kat situ bole tak? Dinda nak gi karaoke jap.
Raja sehari : Adui... tension la kanda camni. Kanda nak ikot korang!


Geng-geng karaoke itu : Tuanku tak boleh ikot kami!
Raja sehari : Tanak dengar itu semua! Beta mau ikot juge!


Raja sehari : Dinda takyah la pegi karok tu.... nak bunga. Romantik tak kanda?
Permaisuri sehari : Awwww so the romantika....


Kekanak : Hiappp!
Mereka : Ala kaco daun btol la ini budak...


Permaisuri sehari : Pssstt.... sok sek sok sek... bla bla bla..
Raja sehari : Apa? Sekarang jugak kanda order!


Raja sehari : Hello? Ya, saya mahu pergi honeymoon di luar negara sekarang juga! Sila hantarkan jet peribadi beta itu ke sini. Pantas ye!
Permaisuri sehari : Ala... orang ajak gi lusa la. Arini mana sempat. Hish...


Bonda permaisuri : Jet peribadi anakanda beta dah tiba blom?
Pengurus Jet : Sudah, Puanku Bonda. Mereka bole bergerak sekarang.
Bonda permaisuri : Okay. Jangan lupa belikan sesuatu untuk beta semasa korang melepak di luar negara itu nanti ye.
Pengurus Jet : Puanku Bonda nak saya belikan apa, ye?
Bonda permaisuri : Fridge magnet. Dua.




Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Saturday, 27-Feb-2010 04:41 Email | Share | | Bookmark
Huda & Nafik - Day 1

Date : 20th February 2010.
Venue : Senawang, N. Sembilan.
Events : Nikah & Berinai.

Aha... saya memulakan perjalanan ke Senawang pada hari Sabtu itu kerana harus bertugas menangkap gambar mereka. Macam biasa, saya sangat jeles melihat mereka yang berkahwin kerana saya masih belum berkahwin. Huhu...ini bukanlah bertujuan untuk mempromote diriku yg comel ini, tetapi sekadar meluahkan perasaan. Ahak!

Baiklah, ayuh kita mulai....


Nafik : Setelah acara akad nikah tadi, I rasa mengantuk la darling.
Huda : Jangan nak mengada! Ni baru pukul 6pm! Kalau kita gi tido awal kang, apa pula orang kata?


Nafik : Ala, biar la apa orang nak kata. You tengok mata I ni... Ngantuk sangat ni. Jom kita gi masuk bilik sana dan tido sahaja!
Huda : Sayangku, you nak kena hempok ke? Kang tak pasal-pasal je I menderhaka kepada suami, tau!


Nafik : Oh, ini ke bilik kita? Kepada cik fotografer, sila keluar sekarang. Nampak tak simbol 'no entry' yang diperbuat daripada pepayung ini?
Huda : Cik, fotografer, ko jangan layan mamat ni!


Nafik : Ala, I gurau je. Gurau pun tak bole. Merajuk la kalo macam ni...
Huda : Ala la la la la.... ba.... cak! Ba....cak!


Huda : Jom kita lepak kat anjung seri ini pula.
Nafik : Ler, ingatkan nak pujuk I tadi. Apa la you ni. Tension betol.


Huda : Awak jangan nak mengade-ngade kat depan fotografer, ye. Amboi... nah, hambek ni!
Nafik : Eleh.... tak sakit... tak sakit... tengok la muka I yang eksyen ni...


Bro berbaju kelabu : Ewah-ewah... banyak cerita plak korang, eh? Sudah! Pegi prepare apa-apa yang patot. Esok dah nak bersanding.
Pengantins : Eleh... kecoh...


Itu sahaja untuk entry kali ini. Sambungan cerita ini akan disambung nanti ye. Gambar-gambar di hari persandingan (Day 2) akan disunting kendian. Hihihi...

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net