Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 21-Feb-2010 11:44 Email | Share | | Bookmark
Teaser for the next entry...

Saya baru pulang dari menembak pengantin. Nanti saya update photos mereka, okay


Tok Kadi : Sila tuliskan namo ponuh kek blakang gambar berukuran pasport itu, yo. Silo gunokan pen bosa ini.
Bride : Apo ni tok? Pen 'eh bosa tapi dakwat 'eh takdo! Chait!

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Sunday, 14-Feb-2010 08:33 Email | Share | | Bookmark
Teenagers in Uniforms

Aha... pada suatu hari, saya teringin menggunakan kamera compact Canon saya kerana sudah lama tidak menggunakannya. Biasa la kan, asik nak guna DSLR sahaja.

Saya membawa kamera itu ke sebuah sekolah. Haha... Adik-adik ini sudi dipaksa untuk berposing sebentar. Jom lihat.


Dia ini dipaksa oleh guru kelasnya untuk menjadi ketua kelas. Adakah kerana hensem? Hm, saya kurang pasti...


Ini pula penolongnya. Dia ni 'rajin' berkata-kata. Sepatah kita tanye, 3 bab jawaban dia beri. Hebat.


Pelajar ini kelihatan ceria. Eh jap... macam tak je.


Yang ini pula sangat bersopan santun. Bole jadi menantu yang baik. Tapi saya belum berkahwin dan belum ada anak. Jika tidak, pasti saya akan menjodohkan beliau ini dengan anak gadis kesayanganku.


Mereka gembira berdiri di sana. Kelas ini ada 8 orang pelajar sahaja rupa-rupanya.


Ketua kelas dan penolongnya sedang bincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kelas. Saya rasa la. Haha... Bahaya diorang ni. Nasib baik saya ada di situ untuk memantau.

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Sunday, 7-Feb-2010 14:37 Email | Share | | Bookmark
Karaoke with Cousin Mas and Friend, Nor.

Siri berkaraoke kini tiba lagi. Kepuasan berkaraoke adalah tiada tandingan. Namun, sila pastikan anda mempunyai kewangan yang mencukupi bagi menampung segala perbelanjaan harian sebelum membuat keputusan untuk berkaraoke. Aha...

Dalam ekspedisi berkaraoke kali ini, saya melakukannya bersama cousin Mas dan kawan kami, Nor. Kami semua adalah wanita berkerjaya dan periang pula.

Jom, lihat-lihat


Ini bukan nak promote. Tetapi, remote.


Ini merupakan salah satu lagu yg mesti dipilih. Cuba teka, ini lagu apa?


Mereka : Aserehe... ha... rehe...
Saya : La.....! Bayar memahal, lagu Last Ketchup ini yang korang pilih? Wey.....!


Mereka : ...dehe be tu dehebe de se....
Saya : Diam!


Mereka : ...biu no ba mahabi an de...
Saya : Aiseh.... tukar lagu lain, please?


Mereka : ...bugui ande...
Saya : Hey, kamu berdua! Ada pakai deodorant atau tidak?


Mereka : ...gui didipi...!
Saya : Aaarghhh! I need oxygen!


Ha.... tengok ni. Ini la aura karaoke mereka. Aura saya pula berwarna biru air laut.


Mas : Ni je ke makanan kita?
Nor : Ala, bosan.... Tolong order benda lain boleh tak?
Saya : Ok, jap saya tengok menu...


Saya : Erk... brapa botol korang nak?
Mas : What? Dah gilo?
Nor : Saya mahu dua!
Mas & Saya : Heyyy!


Nor : Heyyahhh! Camni ke cara melompat?
Saya : Salah... jap ye saya tunjuk...


Saya : Ha... camni cara melompat. Lihat, kedua-dua kaki saya kini terapung-apung di udara!
Mas & Nor : Wah.... kami berasa kagum!


Mas & Nor : Camni ke? Heyyahhh!
Saya : Hm.... bole la.... (pura-pura tak kagum).


Abang Karaoke : Adik, sila bayar harga sofa yang adik guna untuk lompat-lompat tadi tu ye.
Mas : Eleh, berkira! Brapa mau? Nah, saya sain je cek bernilai RM3 juta ni. Ape la sangat!
Nor : Blagak plak minah ni.
Saya : Dia memang camtu.


Kami : Thanx for watching! Yayyyyyyyy!



Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Tuesday, 2-Feb-2010 14:54 Email | Share | | Bookmark
Me and Cousin Mij - TT

Haritu kan, saya hantar cousin pulang ke kolej beliau. Oleh kerana Tasik Titiwangsa itu dekat saja dengan kolej itu, maka kami singgah sebentar. Saya tempek beberapa keping sahaja di sini kerana tiada sebab. Jom kita lihat sama-sama ok


Saya : Apabila karpet terbang itu tiba nanti, kita terus lompat ke atasnya, tau!
Mij : Karpet terbang? Mana?


Saya : Haaa! Tu dia karpet terbang kaler biru dah sampai!
Mij : Hey! Itu orang nyer beg laptop la!
Saya : Oh.... eh?


Mij : Ala, dah la. Malas nak layan. Merepek je kejenye... lebih baik saya bermain gitar...
Saya : Eleh pandai sangat la main gitar tu? Cuba buat kod F Major, C Minor dan K Sharp?
Mij : Erk....


Saya : Ye, saya tau saya comel dan lawa.
Mij : Hello? Don't realize please...


Mij : Phewwittt! Hey bro... sorang je kew? Kih kih kih!....Bole berkenalan?
Saya : Ish budak ni. Ni kompem lupa pakai contact lens ni. Hish...


Saya : Mij, ko pegi la balik kolej dulu. Gua mau layan blues jap kat sini...
Mij : Hey! Jangan bersandar kat pokok cactus itu!
Saya : Ey, apa daa cactus...Hoi lenkali ko jgn lupa pakai contact lens bleh tak?



Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Sunday, 24-Jan-2010 13:06 Email | Share | | Bookmark
Cross Country

Halu...

Pada hari sabtu itu, 23hb Januari 2010, telah berlangsungnya acara merentas desa. Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah yang terletak di Klang bandar diRaja ini.

Merentas desa, atau cross country memerlukan para pelajar yang terlibat itu berlari-lari di kawasan berhampiran sekolah mereka dan hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya pulang semula ke sekolah dan menduduki tempat pertama sehingga ke tiga puluh. Tahniah kepada pemenang! Kepada yang pengkalah, sila cuba lagi pada tahun hadapan!


Adik-adik ini sedang berposing bagi menghilangkan debaran walaupun hari lebaran masih jauh lagi.


Kelihatan seorang peserta sedang tidur nyenyak sambil berdiri. Kuasa ajaib seperti ini amatlah jarang ditemui.


Mereka diarahkan untuk berbaris sebelum dipukul dengan pembaris yang sangat laris.


Perbuatan melonggarkan sendi-sendi kaki adalah penting bagi mendapatkan lebih kilometer.


Sebelum acara dimulai, para pelajar dibenarkan berposing tetapi jangan buat bising.


Segerombolan murid-murid ini saling menyayangi ibarat isi dan kuku kaki.


Anak kecil ini dilarang daripada menyertai acara lasak ini, lalu menjerit bak halilintar.


Pelajar ini sedang berlari-lari di tepi jalan ini dengan berani, bagaikan aur dengan tebing.


Pelajar yang di belakang itu berlari sambil membawa beg. Pihak juri berasa kagum dan ingin memberikan pingat khas darjat keberanian kepadanya, namun dibatalkan kerana beg itu didapati kosong. Chait.


Cikgu ini membantu mengawal lalulintas supaya para pelajarnya tidak diragut oleh mat-mat rempit, terutamanya si Adnan Sempit.


Encik Polis ini menyuruh saya memakai tali pinggang keselamatan dan jangan asik nak ambik gambar sahaja.


Salah seorang pemenang menuju ke garisan penamat dengan penat dan fenin lalad.


Ini pon sama.


Kuat btol stamina mereka ini. Kat mana mereka beli?


Ha, kalau anda terer, berapakah jarak garisan hipotenus bagi segitiga itu?


Perlukah membuka baju? Hanya Brad Pitt sahaja yang dibenarkan berbuat begitu


Pengsan? Atau sebenarnya mahu tidur seketika? Hehe...


Kalau dah ngantuk sangat, maka...


...kita kasi dia tido dlm ambulan ni. Empuk sket ha...


Anak-anak cikgu ini hadir untuk memberi sokongan kepada bapa mereka yang bertungkuz-lumuz membesarkan mereka. Syabbash!


Pergelutan di antara Ben10 dan Ben11.


Ya, itulah dia pingat-pingat bulat-bulat.


Cendera hati ini semua bukanlah untuk mereka yang hatinya cedera.


Seorang technician membaiki ekon di bilik guru. Mari kita beri cendera hati itu kepada dia.


Pekerja disekolah itu disyaki menyembunyikan budak!


Tetapi rupa-rupanya, itu anak dia daa.... hepp! Dilarang membawa anak ke tempat kerja!

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin





[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net