Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 16-Jan-2010 07:52 Email | Share | | Bookmark
Son Way Peer Mid

Date : 15 Jan 2010
Day : Friday
Time : 3 to 5pm
Venue : Sunway Pyramid
With : Cousin Shiha

Saya menemui kazen saya semalam kerana ada sedikt urusan. Setelah itu, dia ajak berjalan-jenjalan di Sunway Pyramid. Saya menaiki LRT dari Klang ke Subang Jaya untuk menemuinya kerana perjalanan menaiki kereta pasti menyebabkan kebosanan, dek kesesakan jalanraya pada waktu itu.

Sudah lama tidak menaiki LRT. Namun, ketika menaikinya semalam, mengingatkan saya tentang kehidupan saya pada masa dahulu. Ketika itu, saya belum memiliki sebuah kereta dan terpaksa bersesak-sesak dan terisak-isak untuk berebut menaiki LRT. Ia adalah seperti orang gila.

Saya dan cousin tidak banyak aktiviti. Sambil berbual-bual tentang masa depan kami, sempat la saya mengambil beberapa keping photos di situ. Anda dijemput untuk melihatnya. Mari lah...


Ini la bangunan itu. Sori, saya tak perasan ada sebiji besi yang menghalang pemandangan itu.


Ada orang menconteng dinding di tempat memakir kereta. Eh, tapi cantik pulak grafitti itu.


Papan iklans di sini memang besar. Saya ingin membeli sa-buah namun mereka kata tiada stok pula.


Pakcik ini selesakah duduk di dalam rumah kecil itu?


Siling ini dihias begini kerana tahun baru cina hampir tiba secara tiba-tiba.


Di bawah siling tadi, terdapat beberapa orang sedang berdiri.


Kakak ini memakai rambut pelesu. Kadang-kala, ia juga boleh dijadikan helmet.


Cousin mahu meminum air itu tetapi membatalkan hasratnya kerana tiada askrim float di dalamnya.


Cousin mencuba beberapa jenis raut wajah yang menunjukkan emosi yang berbeza berkonsepkan 1Malaysia.


Ini adalah aktivitas orang-orang yang tidak pernah melihat cermin yang diperbuat daripada kaca.


Encik Ronald adalah kekasih gelapku walaupun dia ni takde la gelap sangat.


Cousin saya suka beli makanan di sini. Saya tidak beli kerana tak reti makan roti itu dengan sudu.


Tangan cousin saya penuh dengan kesan coklat akibat memakan roti yang disalut coklat itu. Jika dia memakai inai untuk majlis perkahwinannya nanti, saya harap dia tidak akan menjilat inai itu sepertimana dia menjilat coklat itu.


2 ekor makhluk yang disyaki baru mendarat di planet kami.


Ini adalah kawasan ice-skating. Saya tanak main kerana licin. Brad Pitt penah ajak saya ber ice-skating, tapi saya menolaknya kerana takut kekasih gelap saya si Encik Ronald itu jeles.


Coach : Kejap ye, saya nak betulkn seluar. Heyahhh heyahhh....!


Coach : Hey ni apa curi tulang ni? Cepat berlatih!
Atlit : Ala jap la. Kaki saya sejuk ni. Banyak sangat la ais kat sini. Kenapa tak ganti dengan padang rumput je, kan senang.


Sekumpulan remaja berdiri sahaja di situ kerana tidak tahu cara ice-skating. Dah tu, yang korang di ice-skating tu buat hape?


Seiring dan se-ice-skating.


Cinta segi tiga?


Sebelum pulang, saya lihat semula siling itu. Tanglung itu berharga RM9.90 senaskah.


Cousin membayar tiket parking dengan duit.


Kenderaan saya suda tiba. Ia mentibakan diri secara ketiba-tibaan.

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Saturday, 9-Jan-2010 15:18 Email | Share | | Bookmark
1 Pic Version - Nice Residential Area

Saje letak pic ini. Huhu...
Itu adalah kazens dan adiks saya. Kami melawat another kazen di sini. Saya suka area rumah beliau kerana aman dan cantik. Ini adalah di Seksyen 9, Shah Alam. Mari lihat...



Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Friday, 1-Jan-2010 07:00 Email | Share | | Bookmark
Aha...! Part 2 of My Family Day 2009 :)

Yup, sememangnya jika berlaku Family Day, maka akan banyak lah kepingan gambar yang diambil. Demikianlah juga halnya dengan entry kali ini. Di sini, saya kepilkan sedikit lagi gambar-gambar dari agenda tersebut. Marilah melihatinya


Makcik dan Makteh menayang hadiah masing-masing. Eleh... mahu eksyen pula.


Makteh, kazen, dan Emak saya. Kazen saya dikepung oleh makcik-makciknya kerana saja-saja.


Mereka sedang bincang mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan lain-lain hal.


Adik saya dan kazens kami yang dua orang itu sedang berdiri menanti sesuatu yang tak pasti.


Ini kononnye sang artis bersama sang peminat.


Ini pula kononnya artis-artis di karpet merah.


Kumpulan Indie terbaru memaparkan Yunu, Yuni dan Yunus...


Ini bukan skandal. Ini kazen.


Ini kazen. Bukan skandal.


Anak kazen ini harus diangkat supaya sama tinggi.


Asik-asik, buat peace. Asik-asik, buat peace.


Wajah-wajah penggiat seni musik tanahair...


Mereka letak pic ni kat facebook masing-masing untuk kasi kekasih masing-masing jeles. Chait.


"Cover album kami nanti, gambarnye begini. Hiappp!" herdik kazenku.


"Cover album kami pula adalah begini. Hippppp!" bentaknya.


"Cover album kami pula adalah..."
"Ahhhh shadappp!" balasku sebelum mereka menghabiskan ayat mereka dengan jitu itu.


Ini aksi mereka sedang membuang angin. Ish...ish ish....


Ini cover album kami. Kihkihkih!


Ini dalam lif. Tiada hakim, tiada saksi.


Ok. Sudah tiba masanya untuk menaiki UFO. Bye-bye

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR

MOMENTS



TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


klang = shah alam = tampin


Monday, 28-Dec-2009 14:55 Email | Share | | Bookmark
My Family Day 2009

Event : Hari Keluarga Kasit
Theme : Black & White
Date : 25 - 12 - 2009
Venue : Glory Beach Resort

Family Day telah diadakan pada hari itu. Kami sekeluarga sangat gembira. Setiap tahun, kami pasti ternanti-nanti akan kehadiran Family Day ini. Walaupun ada yang tidak dapat hadir, kejadian itu tetap meriah. Diharap agar semuanya dapat hadir untuk sesi tahun hadapan. Huhu...

Gambar sangat banyak, Oleh itu, saya harus mengecilkan sedikit skala mereka. Mari lihat


Emak dan ayah saya sedang berbincang mengenai persahabatan saya dengan Encik Brad Pitt.


Makcik saya yang lucu bak Ogy ini telah mengacarakan majlis dinner ini dengan lucu ini.


Paksu dan Maksu saya ini lah yang sentiasa memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Syabbash buat mereka. Tanpa mereka, siapalah saya.


Berikut merupakan hadiah-hadiah bagi acara tukar-tukar hadiah. Saya dapat hadiah berikutan kejadian itu.


Inilah nenek saya yang diberi nama Hajjah Kasit Binti Ahmad. Beliau la orang yang paling bersemangat waja, perdana dan myvi.


Ini adalah chef kita pada malam itu. Bon apetit!


Pakteh sedang mengumumkan ketibaan saya. Semua orang gembira kerana menyangka bahawa saya akan hadir bersama Encik Brad Pitt. Arakian, jangkaan mereka meleset.


Maklong dan nenek saya sedang berbincang mengenai Angelina Jolie dan Jennifer Aniston. Untuk apa? Tiada siapa yang tahu....


Kazen saya sedang menunjukkan sehelai salad. Abang dan kakak ipar beliau itu tidak mahu melibatkan diri dengan salad itu.


Kazen saya gembira kerana sudah makan sebanyak DUA pinggan. Kakak iparnya itu pula mengiyakan sahaja...


Couple ini adalah kazen dan kazen ipar. Kazen ipar? Eh, jap.. Istilah itu wujud, bukan? Saya yakin betul, saya kunci istilah ini!


Adik saya dan adik ipar saya. Oho tidak mahu melepaskan hadiah itu? Mungkin dia rasa dia dapat laptop. Hey, dilarang bermimpi di kawasan ini, ok...


Adik ipar saya sedang cuba menyupkan diri sendiri, manakala adik saya dan kazen disebelahnya sedang berbincang mengenai kualiti sudu di situ.


Kazen dan anak kazen saya sedang makan dengan al-khusyuk al-tawadduok di sana...


Bayi comel milik kazen saya ini gembira melihat saya yang lebih comel ini.


Sepupu kepada bayi di atas ini juga gembira tetapi kelihatan seperti tertanya-tanya pula.


Kazen dan anak kazen saya ini sedang bermain musical chair berdua. Pemenangnya masih tidak dapat dikenalpasti. Lagipun, diorang main tipu.


Anak kazen saya menjerit minta nasi tambah. Apa yang beliau dapat hanyalah nasi tolak.


Ini lah wajah sebenar Maksu saya. Wajah palsu beliau masih tidak dapat dikenalpasti.


Paksu saya dikelilingi oleh kazens saya yang ingin merebut makanan itu.


Beraksi di luar dewan adalah penting bagi merapatkan lagi silaturahim.


Maksu dan adik saya cuba menyorokkan banner itu tetapi gagal.


Pakcik saya sedang berbual dengan chef yang duduk di atas meja itu. Mungkin, sedang memuji masakan beliau.


Adik saya menahan diri sebelum memecut ke tandas itu.


Kazens dan adik saya yang di belakang itu sedang cuba mengenalpasti samada mereka sudah kenyang, atau harus tambah nasik lagi.


Pakteh, Makteh dan Maksu sedang memantau agar banner tadi tidak jatuh ditimpa tangga.


Kazen saya dan anak beliau memang meminati air sirap itu.


Ibu saudara saya gembira kerana cucu-cucu beliau itu dapat hadir bersama bagi menjayakan majlis bersama.


Anak-anak kazen saya ini sudah remaja rupa-rupanya. Hm... mereka juga ada rupa.


Saya bergambar dengan anak kazen saya yang remaja ini. Saya pun kelihatan muda remaja.


Kazens saya membuat persembahan bersama gitar mereka....


... lepas tu, mereka ini pula mengambil alih gitar-gitar itu...


... pastu dia pula...


...dan lepas tu, dia ni pula. eh, macam kenal je artis tu. Yuna ke? Atau Yuni? Alah... you ni...


Begini lah banner kami yang bertemakan Hitam & Putih.


Kami gembira! Yeayyyy! Woo-h00...!

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


Thursday, 17-Dec-2009 18:43 Email | Share | | Bookmark
Random Activities

Setiap hari, saya melihat koleksi-koleksi gambar di dalam CDs dan DVDs saya. Sungguh seronok melihat gambar-gambar lama. Namun, saya ingin kongsikan bersama anda beberapa keping gambar terbaru.


Beyazid Yeldrim sedang bermain PSP sambil diperhatikan oleh Faris. Beyazid adalah anak kepada cousin saya. Faris adalah salah seorang daripada cousins saya.


Sayyidah adalah adik kepada Beyazid. Beliau amat meminati watak sang Ultraman.


Mereka adalah makcik-makcik saya. Yang kiri adalah Makteh dan yang kanan adalah Maksu. Saya rasa, mereka adalah adik-beradik.


Ini emak saya dan tomato pertamanya. Tujuan pohon tomato ditanam adalah untuk dimakan oleh kami sekeluarga dan bukanlah bertujuan untuk dijual dan dikomersilkan.


Saya tidak menunggang basikal itu kerana takut ia jatuh. Maklum sajalah, basikal tua itu sudah tua.


Cousins saya sedang bermain bunga api. Saya tidak dapat bermain kerana tidak terpilih sebagai pemain.


Saya dan Rubik's Cube 7x7x7 memang tidak dapat dipisahkan, bagai aur dengan tebing.


Brad Pitt memang rajin sms saya. Huhuhu...

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762




[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net