Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Jul-2008 17:50 Email | Share | Bookmark
Dr. Irfan Khairi - THE Millionaire

A few years back, aku ada pernah ternampak buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang ditulis oleh Dr. Irfan Khairi ni. Masa tu aku tengok je la. Nak beli adalah malas. Lagipun time tu aku tak terfikir langsung pasal nak jadi jutawan. Hehe...

Kira banyak kali jugak lah aku terserempak dengan buku-buku dia tuh. Sampai melekat dah kat otak aku ni ha.

Entah macamana, aritu aku termasuk website mamat jutawan ni. Huyo... tetiap hari aku baca blog dia. Very informative. Tapi masih jugak malas nak beli buku dia. So, one day, masa tengah baca blog dia, ada plak pengumuman kat situ. Oho... dia ada bagi free talk la!. So apa lagi, aku tros call kazen aku, Mas yang duduk kat Vista Angkasa itu. Umah kazen aku ni dah dekat sangat dengan Mid Valley. Kat Mid Valley tu la Dr. Irfan buat talk.

Lepas dengar talk tu, makin berkobar-kobar nak buat bisnes. Mas yang pada mulanya bertindak sebagai peneman, akhirnya terjebak jua ke arah itu. He he he... tapi bagus la kan. Kitorang dah ada bisnes masing-masing. Alhamdulillah...

So, berjaya jugak la bertemu dengan Jutawan itu. Ambik aura sikit. Ngeh ngeh ngeh! Kali kedua kitorang jumpa beliau ialah pada 12 Julai haritu. Aha... kali ni ada gambar. Huhuhu... Untuk perjumpaan kali kedua ni, sebenarnye kitorang join sebuah kursus yang diajarkan oleh Dr. Irfan ini. Banyak la jugak ilmu yang kitorang dapat. Alhamdulillah, banyak perkara yang dapat dipelajari dan dikongsikan bersama. Sapa tak pegi, memang rugi! He he he...


Ini lah beliau... THE Millionaire. Seorang yang pemalu tetapi sangat pembijak!


Ini lah dia meja study aku dan Mas. Kitorang dok blakang skali supaya boleh nampak setiap ceruk dewan. Mengada sambil belajar.


Ini lah buku teks kitorang. Huhuhu...


Sebenarnye, saje je nak bagitau... Kursus ni diadakan di JW Marriot Hotel. kelass gitu. Jangan marah.


Ni la kertas nota yang disediakan oleh pihak hotel berkenaan. I like!


Aku dan Dr. Irfan. Gambar adalah bergegar dan cahaya lampu dewan adalah sedikit mengecewakan.


Diriku meminta Dr. Irfan nyer signature. Kali ni aku dah beli buku dia tu! Wa ha ha ha!!!


Mas dan jutawan. Lamo bona dio kumpo aura kek sbolah Dr. Irfan tuh. Huhuhu...


Aku memberi bantuan. Hoho!


Aksi selepas kursus.


Mas dan aksinya juga.


Menalifon sahabat handai dan menyebarkan khabar gembira tentang kursus itu. yeah! Selepas gambar ini diambil, kami terus pegi karaoke. Hue hue hue!

Nak tau mengenai 8 Ikon Jutawan? Klik sini

TUT
Tut Photography (based in Klang)
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
Cell : 012-6294762


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net