Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Aug-2008 10:44 Email | Share | Bookmark
Pre-Graduation - Min, Akma, Ja, Ita, Fara, & Lina (01.08.08)

Mari Konvo!
Ahah! Aku merindui zaman konvo ku, namun malangnye, perkara itu tidak lah dapat diulang kembali. Time tu plak kamera digital adalah sangat mahal! Kamera yang ada pun cuma lah yg biasa2 tu je la. Beli filem sampai 3 rolls, tapi x sempat pun nak bergambar sakan. Hanya mampu abiskan 1 roll. Huhu...

Arakian, pada hari Jumaat lalu, bersamaan 1 Ogos 2008, itu merupakan hari di mana bakal-bakal geraduwan mengambil jubah-jubah mereka. Ahah!

Maka berikut merupakan lampiran yang disertakan bersama-sama bagi meraikan kejayaan mereka. Mereka ini sekarang tengah sambung Master, dan ada juga yang sedang bekerja. So, hari Jumaat tu diorang semua off! He he he... eh silap. Si Fara dengan Ita kena gi kuliah lepas sesi fotografi. He he he... sian korang. Apa pun, tahniah!!! Semoga selamat menjalani konvo pada 10hb nanti yeah!


Inilah lencana UKM. Huhuhu... Teringat plak kenangan aku bertemu dengan Sheikh Muszaphar yang hensem itu. Mencintaimu! Lebih dari apa pun...


Aha... ini la aksi mereka. So the fun diorang ni tau. Very the sporting.


Kihkihkih! Ha, pegang elok-elok ye. Kang jatuh pulak atap tuh!


Time ni, takde kuliah. So, kitorang pun masuk la ke dewan kuliah ni. Mari bergambar sakan. Setelah penat mengemaskan dewan kuliah yang bersepah ini, mereka pun meniarap di situ tanda senang hati


Kejap! Jangan pandang belakang lagi! Jap! Jap la, weh! Hadoyai, apo dogey bona korang nih...


(Dari kiri, cepat jalan!) Ita buat 'peace' sign sebab dia tak tau nak buat aksi apa. Lina tengah tengok Fara yang tengah melukis anime. Ja plak tengah memikirkan masa depan dia yang gemilang itu. Min plak tengah nak lelap, dan last kali Akma yang ingin bertanyakan soalan penting kepada prof. Huhu...


"Mari kita bercanda di sini, wahai kekanda!"


Gaya The X-Files agents... presenting you, Agent Muda dan Sekali...


Pok amai-amai, belalang kupu-kupu! Kami memang pandai, dapat jubah warna ungu! Yay!


Pagar besi yang pernah menjadi sekadar besi.


Oh berbalik semula ke dalam dewan kuliah tadi. Ja blakon sebagai Naib Canselor UKM, manakala Min selaku konvoter. Ni kira rehearsal la untuk korang ye.


"Pat-pat, siku lipat. Sapa cepat, dia yang dapat! Seterusnya... anugerah Hafazan Terbaik, jatuh kepada... Fara!!!"


Susah jugak berlari seiring sambil berpegangan tangan nih...


"Expecto Potranum!" (memang Akma sebut pot-ra-num. Aku tak salah eja, tau).


"Oho, kau la yang bunuh Professor Dambeldo tu ye! Siap la kau!"


Bersama batu-batans.


Graduan Pintu Kaca.


Hadoi.... lotih boto badan den ni ha... kita tido dulu!!!

He he he! Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan tahniah buat graduan-graduan yang akan konvo tak lama lagi. TAHNIAH! SELAMAT MAJU JAYA!

TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net