Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Dec-2008 04:14 Email | Share | Bookmark
Zubir & Syahida - 20 Dec '08, Saturday = Sg. Besar, Selangor

It was a busy day. Kenapa? Kerana banyak benda yang harus dilakukan setelah banyak benda telah terjadi. Ahuhuhu...!!!

Setelah bersiap-siap, aku pun memulakan perjalanan dari Tampin ke Shah Alam. Nak pegi Shah Alam sebab kat sana nanti aku akan bertemu dengan kawan fotopagesku, Wawa. Beliau akan membawaku ke Sg. Besar itu. Sg. Besar itu merupakan kampung beliau di mana, pengantin perempuan itu juga kawan beliau yang duduk sekampung dengan beliau. Ha... rasa-rasa, boleh paham kah? Hehe...

Sebelum tiba di Shah Alam, tayar keretaku melethop di lebuhraya Seremban-Nilai! Bukan itu saja. Bateri kereta pula tiba-tiba khong!

Nasib baik 2 orang abang-abang PLUS sudi membantu. Setelah siap menukar tayar spare dan bateri kereta yang baru, aku meneruskan perjalanan itu.

Smalam aku baru je chat dengan salah seorang abang PLUS itu. Dalam YM. Hehe...Seorang abang yang baik dan prihatin. Dia still tanye pasal kondisi keretaku. Ahuhuhu!. Thanx, bro!

Sampai je di Shah Alam, ku menemui Wawa. Kami meneruskan perjalanan itu ke Sg. Besar. Setelah mentibakan diri, aku mula menembak.


Rajah menunjukkan cecincin mereka. So the shaini...


Ini lah baginda dan permaisuri sehari itu. Hm... bahagianye paparan wajah mereka. Isk... I'm so happy for them... Uhuk...


Syahida : Ni macamana bacanye ye?
Zubir : Alip, mim, nun, wau. Alip tendang wau... 'sarkis' da...
Syahida : Ey, apa da 'sarkis'? Tulisnye panjang, bacanye sikit saja? 'Sarkis'?
Zubir : Yang panjang itu bunga nye saja. Yang pendek itu la... 'sarkis'. Tak reti? Ingat bayar utang saja pakai bunga?


Zubir : Mari, dinda! Kanda ingin bawa dinda ke sebuah sawah.
Syahida : Adoi... takkan jalan kaki je kot? Biar betik?


Zubir : Ala... ok la. Meh naik kereta.
Syahida : Yay... eh, kalau kita dedua dok blakang, sapa nak drive?


Zubir : Tiba-tiba je, dah sampai. Tadaa...
Syahida : Wah, cepatnye sampai! Nak ambik bunge ni. Tahniah di atas perahwinan ini, ye!


Syahida : Tolong! Dinda nak terjatuh ni! Curam la tempat ni!
Zubir : Manade curam. Ni namanye angle tau. Angle!


Syahida : Hm... kita gi sini plak nak?
Zubir : Dah sampai dah pon.


Syahida : Eh, moto ni kanda beli kat mana?
Zubir : Kedai moto.


Zubir : Ada juga orang yang suka berjogging di tangga kan, dinda?
Syahida : Benar!


Zubir : Kalau macamtu, jom la kita berjogging juga!
Syahida : Tapi seronok ke jogging dengan memakai pakaian yang sebegini rapi?


Zubir : Dinda, kanda dah penat la jogging. Apa kata, dinda mendukung kanda ke sana?
Syahida : Do I have a choice? Argh....


Syahida : Dah lama kita tunggu bot kat sini. Apasal lambat sangat, ha?
Zubir : Hari ni kan Sabtu. Public Holiday. Kalau nak naik bot, hari Isnin boleh lah...


Syahida : Fuhh! Fuhhhhhh! Fuhhhhhhhhh!
Zubir : Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh!!!
Aku dan Wawa : Siapalah aku ini... untuk memintal buih... yang memutih... menjadi permaidani... seperti mana... yang tertulis... dalam novel cinta~ (jika anda tidak pernah dengar lirik lagu ini, sila google sudeh).

Setelah habis shoot, aku pun menuju ke Melaka, kerana keluargaku mengadakan Family Day di sana. Family day keluargaku bermula pukul 8pm tetapi aku tiba pada pukul 9.30pm. Lambat sampai kerana pergi membeli tayar kereta yang baru di Shah Alam itu.

Ketibaanku diumumkan oleh pengacara majlis, iaitu makcik ku sendiri. Setiap orang memandangku dan memberikan tepukan gemuruh kerana berjaya juga tiba di situ. Mereka semua memakai baju ikot kaler tema biru. Aku je yang tak sempat tukar baju. Majlis diteruskan, dan aku duduk makan. Aku suruh adik-adik aku tolong shoot. Setelah makan, aku tengok gambar-gambar yang diorang shoot.

Adoi... nampaknye aku jugak yang nak kena shoot...

Sekian! Terima kasih!

HIRE ME TO CAPTURE YOUR WEDDING MOMENTS
Sila klik links di sebelah kiri untuk melihat gambar-gambar perkahwinan yang lalu

TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net