Tutie Dahlia's FotoPage

By: Tutie Dahlia Tajuddin

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Nov-2009 02:13 Email | Share | Bookmark
Yong at Lina and Tajul's Wedding

Date : 14 November 2009
Venue : Dewan Alamanda, Seksyen 20, Shah Alam

Liza Ismail atau nama femesnya, Yong, telah menghadiri majlis perkahwinan adiknya, Lina. Saya ditugaskan untuk merakamkan detik-detik yang dihadapi oleh Yong di sana serta sedikit gambaran pada majlis tersebut. Yong merupakan ketua tingkatan di kelas saya semasa kami tingkatan 5. Oleh itu, kami seronok di sana kerana banyak perkara yang kami boleh kongsi bersama. Tambahan pula, sahabat-handai yang kami kenali semasa di sekolah dulu turut hadir bagi mmeriahkan suasana.

Berikut adalah serba sedikit sedutan pada waktu itu. Selain dari gambar-gambar ini, terdapat banyak lagi gambar-gambar lain yang memaparkan Yong bergambar bersama sahabat-handai di zaman persekolahan itu. Tidak dapat lah dipaparkan ksemuanya di sini kerana jumlah gambar-gambar itu adalah banyak juga.

Marilah melihat


Banner ini ditempah khas bagi majlis perkahwinan itu. Mantab.


Yong sibuk berulang-alik diantara dewan dan kereta. Beliau terpaksa berbuat demikian demi menyimpan sesuatu di situ berulang-ulang kali.


Kebarangkalian Yong tidak begitu mengenali insan yang memeluknya itu adalah agak tinggi, sebenarnya.


Anak kepada Yong itu dipeluk erat oleh anak kepada adik kepada Yong.


Gadis Caklempong.


Gadis Angklung.


Potong! Potong! Potong!


Yong : Hello? Apa? Tidak dapat hadir? Oh, my Dior! Panas!


Yong : Bob, ko pegi uruskan hal katering. Make sure diorang basuh pinggan bersih-bersih! Pstu ko tolong tengok-tengokkn itu ini, begitu begini, bla bla bla.... sok sek sok sek....

Bob : Ko biar betul, Yong? Banyak betul bebanan tugasan nih!


Pengompangs : Bila pengantins mau sampai daa...


Sedang betulkan tune. C minor tu tinggi sangat.


Sudah tiba! Bersama konvoi Woksegen!


Lina : Skang kita nak ke mana?
Tajul : Dewan.


Fotografer : Heyahhh heyahhhh yahhhh yahhhh....


Pada masa-masa tertentu, Yong suruh aku gi wat hal sendiri.


Tahniah ye Lina dan Tajul


Yong, ku dan kawan-kawan kami yang satu sekolah dahulu


Yong dan keluarga beliau bertema merah makngah.


Lakonan ala-ala terkejut manusia


Abang dan kakak kepada Lina memberikan khidmat nasihat beserta ugutan kepada pasangan demi menjamin masa depan mereka.


Tiga beradik ini sudahpun berkahwin. Maka, mereka menolak saya ke tepi seraya berkata 'Hang bila lagi weh? Pegi carik sekarang!'


Duduk toleh-menoleh.


Saya pulang bersama buah tangan dari pihak keluarga pengantin. Terima Kasih

Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk

HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS


TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net