Groom : Raseed.
Event : Wedding.
Venue : Kg. Jawa, Klang.
Date : 1.11.2009
Majlis ini meriah dengan tema ungu dan putih. Pengantins adalah secocok sekali. Menghadiri wedding sepupu mak saya ini dapat merapatkan lagi hubungan persaudaraan kami. Keluargaku yang ku cintai dan saudara-mara juga turut hadir. Seronok...
Namun, kami tidak dapat melepak lama di situ kerana tiba-tiba langit memendungkan dirinya. Setelah makan, lihat pengantins berarak dan bersanding, kami pun pulang. Elok je kami berada di dalam kereta-kereta kami dan mula berkonvoi, maka hujan pun turun lah dengan lebatnye. Nasib baik lah kami tidak basah walau setitik. Huhu...
Si baju ungu adalah bapa pengantin wanita (Tok Busu) dan yang berbaju putih itu adalah abang kepada Tok Busu (iaitu Tok Ngah). Mereka menyambut tetamu tanpa silu.
Majlis berarak dimulai. Berpimpin tangan sambil berjalanan adalah sesuatu yang belum kucapai lagi. Huhu... sori. Saya terlayan emosi pula di sini...
Perempuan-perempuan Bunga-bunga ini turut memeriahkan suasana yang sememangnya sudah pun meriah sejak awal lagi. Comel-comel mereka ini. Tahniah!
Groom : Hurayyyyyy! Kami sudah kahwin!
Bride : Hello? Awak boleh tak cover sedikit?
Mereka cuba pergi ke pelamin. Tetapi...
...pengantin lelaki ditahan pula! Heppp! Sila bayar tol!
Groom : Oho korang ingat, beta tak mampu nak bayar ya? Baiklah. Wahai pengapit yang beta kenali, sila bayar tol ini. Mereka ingat beta tak mampu memiliki seorang pengapit yang mampu membayar duit tol ini? Ko tunjukkan sedikit skill yang beta ajarkan dulu kepada mereka sekarang? Tunjuk?
Pengapit : Boleh. Takde hal. Jap saya tunjukkan.
Pengapit : Haaah! Nah! Ambek kredit kad ni! Hahahah!
Juru-juru tol : Ala.... orang nak cash money la....
Setelah settle hal tol, mereka disandingkan. Yaaaay!
Lihat la pelamin angan mereka. Sungguh cun!
Pak pak! Kepak ke pak pak! pak pak pak pak pak pak pak pak! Pung ke pung ke pung ke pung, ke pung ke pung ke pung ke pung!
Gambar penutup - anak kazen saya si Fakri ini sedang menangis lalu mak dia paksa dia senyum kerana saya nak ambik gambar dia.
Selamat Pengantin Baru kepada Mami dan suami. Semoga kekal abadi, bahgia ke anak cucu, semoga murah rezeki...
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762
Venue : Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam.
Date : 17 October 2009.
Day : Saturday.
Bride : Sab (my ex-schoolmate).
Groom : Yuszaini
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan gilang gemilang sekali pada hari itu. Sahabat lama saya sudah pun berkahwin. Tahniah!
Di majlis ini, saya turut menemui ramai kawan-kawan lama yang merupakan ex-schoolmates saya. Mereka sudah pun berkahwin dan beranak-anak. Saya hanya mampu melihat dan menumpang gembira. Huhu...
Saya hadir seorng diri sebagai tetamu pada hari itu. Memandu dari Klang ke Shah Alam adalah agak membosankan kerana tiada berteman. Namun, saya harus positif, ya. Setelah tiba di dewan wedding itu, saya lihat ramai manusia berkumpul di padang sambil melihat ke awan biru. Setelah saya park kereta, saya juga terus meluru ke padang itu bertemankan kamera kecil saya yang jarang digunakan ini :
Suda lama tak gunakan ia, maka gunakan saja untuk suka-suku.
Oh... rupa-rupanya mereka hadir dengan helikopter! Saya sangat kagum dengan agenda ini.
Sab : Eh kenapa ramai-ramai ni?
Yus : Mereka mahu melihat helikopter yang kita sewa khas itu huhu...
Pengapit Wanita : Eh, hati-hati! Kain ni hampir terkena najis di situ.
Sab : Siyes?
Pembacaan Doa Makan besar-besaran...
Duduk bersanding di dewan ini.
Tahniah kepada pasangan ini. Kelihatannya masih pening berdasarkan baru turun dari helikopter tadi.
Saya : Apa kata, korang (pengantins) makan kek ni dulu.
Pengantins : Kek? Hadoiyaii.... kek pun kek la....zasss!
Sab bersama sahabatnye yang terlibat dalam agenda menaiki helikopter itu. Hensem. Tapi sudah beristeri dan beranak-anak. Cheisss...
"Lihat la kerusi dan pelamin di belakang kami!" Jerit sahabtku, Achik di gegendang comelku.
Saya : Sab, ko tengok aku buat magik dengan ibu jari ku ini, ye. Tengok tau...
Sab : Hey, ko tanampak ke haku bizi ni?
Saya : Nanti la korang.... time aku nanti, aku pon nak naik helikopter jugaaaaaaaaaaaaaak!
Sab : Naik la. Takde sapa nak halang...
Yus : Ish lebih baik jangan. Agak gayat seh...
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Participants : Hostelians
Date : 29th Oct. 2009
Time : 4.30pm - 6.00pm
Pada waktu petang itu, saya dipanggil untuk merakamkan aksi-aksi para pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah menengah. Sesi pengambaran bagi setiap dorm ini bertujuan untuk menghasilkan gambar-gambar yang dapat dijadikan kenangan untuk para pelajar ini yang akan menamatkan sesi persekolahan pada hujung tahun ini. Mereka sangat gembira namun, cuaca pula tiba-tiba bertukar menjadi hujan yang sangat lebat di akhir rancangan.
Walaubagaimanapun, hanya beberapa keping gambar sahaja yang dapat kutitipkan buat anda semua. Insyaallah, lain kali saya letak banyak sedikit ye huhu. Terima kasih kerana sudi melihat fotopages saya pada hari ini, dan mari la kita melihat gambar-gambar mereka ya :)
Remaja-remaja riang ini seronok menggayakan baju batik rasmi asrama mereka. Agak lama nak tunggu mereka ni bersedia. Tapi takpe. Sabar sahaja :)
Adik-adik dan kawan adik-adik ini pula gemar beraksi seperti ini. Mengapa tudung adik-adik ada yang putih, dan ada yang hitam? Takpe lah. Asalkan ia dipakai, ya!
Abang-abang ini pula tidak mahu menggayakan baju asrama mereka. Mengapa? Takpe. Saya sukakannya :)
Hensem bergaya. Pandai posing. Hehehe.... Selamat Hari Raya!
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Saya kini menetap di sebuah rumah sewa yang agak buruk semenjak saya melangkah ke dalamnya beberapa tahun dahulu. Ketika itu, ramai juga yang turut menyewa. Namun, setelah seorang demi seorang meninggalkan rumah ini untuk mendirikan rumahtangga, maka saya dapat lah melihat keadaan rumah ini yang semakin lama, semakin buruk. Adeh... agak sadis di situ :(
Namun, semenjak beberapa minggu nan lalu, kawan saya telah menguploadkan gambar-gambar di ruang tamu rumahnya. Saya terpukau dengan kekemasan dan kecantikan decor di rumah itu. Yang lebih menekejutkan saya lagi, kawan saya ini adalah seorang lelaki, tinggal bersendirian, dan rumah itu hanyalah rumah sewa! Katanya, "Masa aku nak decor rumah ni, aku tanye tuan umah dulu. Dia kata OK, maka aku pun OK je la. Wahahahahaha," sambil berseloroh.
Tak cukup dengan itu, sebuah majalah IKEA pula dihantar ke rumah saya. Lagi la saya menjadi panas ala-ala Super Saiyan ketika membeleknya. Lantas, saya memulakan aktivitas mendeko rumah sewa saya pada baru-baru ini. Belum banyak yang dideko tetapi adalah sedikit.
Terimalah...
Seekor tikuz telah membuat semua ini di bawah sofa. Saya terpaksa buang sofa busuk itu dan meminta bantuan housemates saya untuk membersihkan tempat ini.
Setelah dikemas dan dideko, maka inilah akibatnya. Cantik tak?
Ini adalah gambar jam di rumah Tok Ngah saya. Saya edit gambar itu menjadi versi hitam putih. Cuci saja untuk saiz 4R dan masukkan ke dalam frame murah itu. Cantik tak?
Selain itu, saya juga menangkap gambar saya sendiri. Itu adalah tangan comel saya yang sedang memegang gitar.
Setelah itu, letakkan sahaja mereka bersebelahan atau side by side agar lebih ceria. Saya letakkan mereka di atas almari buku yang kecil tinggi paras pinggang, di sebelah TV di ruang tamu.
Harga paintings dan gambar-gambar yang lebih kurang berformat begini adalah terlalu mahal harganya ketika saya lihat di sebuah kedai itu! Sebab itu lah saya membuat keputusan untuk menangkap gambar, cuci, dan letak dalam frame sendiri. Anda juga boleh melakukannya. Selamat mencoba!
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
TUT
Hobbyist and Freelance Photographer
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Berikut adalah beberapa keping gabarajah rayaku. Tak dapat la nak upload banyak-banyak kerana yang ada di dalam hard disk itu adalah sangat lah banyak lah.
Terima lah...
Raya pertama tiada bergambar kerana adikku dan isteri beliau belum pulang ke kampung halaman. Hari raya ke-2 barulah kami berjaya dikumpulkan. Akibatnya adalah begini lah.
Saya dan sepupu meninjau adik saya yang berada di bawah yang sedang ambek gamba kami. Lokasi adalah di KL, umah sepupu ku.
Ini di rumah maksu kami. Saya memeluk Encik Sponge Bob Square Pants kerana dia mahu melarikan diri daripada kami.
Aktivitas melompat ini adalah sejajar dengan permintaan yang tinggi.
Adikku memakai T-Shirt ini ketika beraya di umah Tok Ngah. Saya ingatkan dia bermain-main sahaja. Rupa-rupanya, dia benar-benar memakainya!
Saudara-mara datang beraya di rumah saya. Saya cuba bertukar menjadi Sailormoon tetapi tidak cukup kuasa. Lupa nak charge bateri :(
Maksu sedang mengira jumlah duit raya yang sepatutnya dia dapat kalau dia masih kanak-kanak pada tahun ini sambil diperhatikan oleh kakaknye yang dipanggil sebagai Makcik.
Sedara-sedara yang gemar bergambar ini adalah memang begini.
Ini pula adalah abang kepaada sedara-sedara tadi. Beliau cuba menjadi seekor ikan duyung tetapi tidak berjaya. Sijil kelayakannya tiada.
Sebahagian daripada family besarku yang ku sayangi dan kagumi saban hari.
Adik dan emak saya posing di depan rumah bertemankan pelita buluh. Bukan ekzos buluh, tau.
Adik dan emak saya begitu tertarik dengan lampu itu.
Ini lah pelita tadi. Sepupu ku yang rekacipta sendiri. Nama beliau ialah saudara Sepul.
Nendaku yang syiok merayakan hari raya bersama kami. Give me 5!
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Aha... musim berhari raya ni, memang baaaaanyak gambar raya. Semua orang bergumbira sambil merakamkan detik-detik di Aidilfitri bersama ramai manusia.
Well, mungkin di lain entry baru saya mampu menguploadkan gambar-gambar raya di sini. Tak boleh upload sekarang kerana belum habis beraya lagi. Haha...
Selamat Hari Raya kepada anda yang sudi melihat entry saya ini pada hari ini, ye :)
Saya sayang kamu. Muahhh...!
Adakah Tutcute ini cute dimatamu?  :-D  Huhuhu...
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762
Terima kasih kepada kawanku, Liza Ismail @Yong for the buttons. Terima kasih!
Selamat menyambut Hari Raya yang bakal tiba. Maaf Zahir dan Batin. Berayalah dengan Crocs anda! Hawhawhawhawww!
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Sewonok hawi ni... kerna besdayku tiba lagi. Dan hari ni masih lagi di dalam bulan ramadhan. Alhamdulillah... gembiwe wasenye.... :P
Semalam, kawanku yang diberi nama jolokan http://aperciter.blogspot.com(Kak Liza Lias) telah menyiapkan hadiahku dalam masa beberapa jam sahaja! Beliau menyiapkannya ketika beliau berada di tempat kerjanya. Ye la... tengah free plak time tu, kan. Bak kata orang tua-tua... kalau takde keje, carik la keje!
Ye, dok? Ahahahahahahhh!
Oleh itu, marilah kita bersama-sama, berganding bahu dan mengembeleng tenaga untuk scroll ke bawah bagi melihat hadiah apakah yang berjaya dibawa pulang olehku...
Wah! Siap ada nama aku tu! Terharu, beb!
Ini pandangan belakang pula.
Ini adalah pandangan sisi. Anda kena lihat dari tepi.
Ini adalah pandangan dari tepi juga. Tapi tepi yang belah sana.
Yang ini pula, pandangan dari tepi yang belah sini.
Oh, oh..! Dia telah memuntahkan broadband ku!
Ye... inilah dia yang sebenarnye. Penyarung Broadband Super!
Kalo arini aku rasa nak pakai USB wire kaler pink, maka akan jadi camni la. huhuhhu....
Kalau esok aku rasa macam nak eksyen kat kawan-kawan, leh la aku isi aku nyer henpon.
Ha, pastu kan, leh la aku gantung kat leher seraya berkata, "Hey, kawan-kawan sekalian... korang ada ke Penyarung Broadband Super Yang Kadang-Kadang Leh Sarung Henpon ni? Takde kan? Takde kan? Takde kan? Hahahahahaahahaa.... ".
Kalau korang berminat atau nak share kemahiran membuat Penyarung Broadband Super, Pencilcase, Kasut Bayi, Topi Bayi dan sebagainya, sila lah menuju ke blog Kak Liza yang berada di http://aperciter.blogspot.com itu. Selamat mencuba!
TERIMA KASIH, KAK LIZA! :)
Sekian, terima kasih juga kepada anda kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Sahabatku yang bernama http://encikcak.wordpress.com(Cak) mengajakku menembak di Jalan TAR  bersama rakan-rakan yang lain. Namun, ku tidak jadi pergi. Aku pasti, mereka seronok menembak dan berbuka bersama-sama tadi...
Anyway, aku juga tidak mahu melepak di rumah sahaja. Lalu ku ikut kazenku dan kawannya merayau sebentar. Tidak ada plan yang terperinci, cuma lamunan terhenti.
Mari lihat beberapa helai gambar :
Kami menaiki kereta kawan kazenku. Kami teman dia pegi putrajaya. Dia nak survey tempat dia nak kena interview nanti. Kat situ banyak bangunans, namun aku malas menembak gambar-gambar bangunans. Kurang minat kot.
Ini di dalam masjid di putrajaya itu. Amboi, jauhnye tempat berwuduk dengan tempat solat. Kalau terkentut masa on the way, cemana? Pasti sukar, bukan?
Tapi tempat solat memang selesa la. I like.
Setelah itu, kawan kazenku hantar kami ke Amcorp Mall, PJ. Situ ada pula majlis berbuka bersama anak-anak yatim. Ada la beberapa artis turut serta. Aku tidak menembak muka mereka kerana tidak meminati mereka. Lagipun, kami tak terlibat. Kami makan di Kenny Roger's saja. So, aku tembak saja ketupat itu.
Kami berdua memulangkan diri menaiki putra lrt. Sempat la beli DVD untuk dilayan. Cerita Obsessed, Final Destination 2, dan Ice Age 3 :)
Huhu...
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
shooting people on their weddings and birthday parties
TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati
Cell : 012-6294762
"Biar betik? Nak buat ala-ala farewell party ke? Macam omputeh la pulak. Namun, di mana?" Bentakku.
"Di Hotel JW Marriot sahaja. RM62. Mari la," rayunya sayu.
"Apasal murah sangat? Tak kuasa mak," selorohku.
"Ala, jom la nyah. Meriah sikit. Jadi tau. See you!" Lalu beliau meletakkan gagang telefon itu. Guna telefon opis la katakan. Kalau guna henfon, manade gagang, kan? Haha...
[Dialog atas telah diubahsuai agar bunyinya macam bagus, tanpa mengubah maksud].
Ohho... lalu kami bertiga pun menuju ke sana menaiki monorail dari KL Central. Perjalanan adalah meletihkan dan memeluhkan. Oleh kerana aku telah menduga bahawa aku akan penat, maka aku membuat keputusan untuk membawa kamera digital sahaja. Ini adalah berikutan kamera DSLR adalah berat dan tak larat la aku nak bawak time puasa ni. Lagipun aku nak gi makan. Huhu...
Sudah pasti kamera kecil ini tidak dapat menghasilkan gambar-gambar seperti hasil dari DSLR. Namun, ku cuba juga.
Masalah yang sering dihadapi adalah ketika menghambek gambar di waktu malam. Sukar, bukan? Tapi tidak mengapa. Di sini inginku berkongsikan tips bersama anda sekeluarga.
Langkah-langkahnya :
1. Gunakan mode M (Manual).
2. Off kan fungsi Flash.
3. Tekan punat yang ada gambar bunga tu.
4. Set kan ISO kepada 100.
Langkah-langkah di atas diadaptasikan daripada cara yang hampir serupa ketika menggunakan DSLR. Maka, hasil gambar adalah tidak  mendukacitakan. Mari kita saksikan contoh-contoh gambar yang diambil oleh kami pada malam itu dengan menggunakan kamera digital kelabu jenama Canon itu.
Ini adalah ruang legar sekitar lokasi berbuka puasa itu. Cahaya kuning dari lampu memang akan menyebabkan gambar seperti kekurangan cahaya. Kellihatan kazenku, Mas dan kawan kami, Din bergoyang kerana mereka sedang bergerak-gerak ketika ini. Namun, dinding kelihatan jelas kerana mereka tidak bergerak.
Kaki-kaki Mas dan daku. Cahaya lampu yang ada ketika itu adalah berwarna putih. Gambar kelihatan lebih baik jika cahaya yang ada adalah mencukupi.
Lokasi di Bukit Bintang ini indah dengan kehadiran lampu-lampu itu.
Cahaya dari kereta yang bergerak itu memberikan kesan yang menarik. Kesan ini juga boleh dihasilkan dengan penggunaan DSLR.
Seperti menggunakan DSLR juga, kamera digital mampu merakamkan imej seperti di atas. Tren kelihatan laju, seorang manusia berdiri dan tidak bergerak, seorang manusia lagi sedang berjalan.
Jika awak ternampak gambar-gambar besar begini, sila tiru aksi yang sama. Pasti menarik gambar anda nanti. Di atas, gambar kelihatan jelas walaupun bertemankan lampu kuning. Namun, awak kena cuba snap beberapa kali dari sudut berbeza untuk mendapatkan hasil yang jelas begini. Sudut yang salah, menghasilkan imej kabur dan busuk.
Dari sudut yang lain dengan pencahayaan yang cukup.
Di hadapan kedai. Dalam area hotel itu. Lampu yang ada adalah berwarna putih dan terang benderang seperti di dalam shopping mall. Maka, tiada masalah la.
Depan kedai juga, tempat yang sama. Cuma, tulisan itu berlampu. Gambar ini digelapkan (diedit kemudian) untuk menampakkan tulisan itu. Tapi aku tak kenal sapa Fendi.
Aksiku meniru gambar di belakang. Cahaya kuning yang lemah. Tetapi, dengan sudut yang betul, gambar yang terhasil adalah jelas. Gambar ini telah diedit sedikit.
Penting! :
1. Sila tahan napas ketika sedang snap gambar. Ini dapat membantu agar tangan kita tidak bergoyang. Jika bergoyang, maka gambar awak akan kabur, bergegar dan busuk.
2. Gambar yang jelas sangat mudah diedit. Kalau kabur, awak nak edit macamana lagi?
3. Waktu malam memang mencabar sedikit. Kena snap banyak kali, dan cari banyak sudut/ angle yang sesuai dengan kehadiran cahaya. Kalau cahaya kuning, memang agak susah la.
4. Kalau cahaya tak cukup, tak payah la susah payah. Sebab tu la gambar kami berbuka adalah tiada. Ini kerana cahaya tak cukup. Makan kat tepi pool la katakan. Benci. Tapi overall, makanan kat situ not bad la jugak :D
5. Kalau awak dah try tapi gambar tetap hampeh, sila la tukar kepada kamera Canon ye. Serius.
Okeh itu saja dariku. Selamat mencoba!
Sekian, terima kasih kerana sudi menjenguk :)
HIRE ME TO CAPTURE YOUR MOMENTS
shooting people on their weddings and birthday parties
TUT
Tut Photography
Website : http://tutcute.fotopages.com
E-Mail : melompati@yahoo.com
YM! ID : melompati